Saturday, January 3, 2009

Definisi Unit Amanah


Dari segi bahasa, dalam Bahasa Melayu disebut “Amanah Saham” ataupun sekarang disebut “Unit Amanah”. Dalam English disebut “Unit Trust”. Ada juga disesetengah negara, unit trust ni disebut “Mutual Fund” dan “Managed Fund”.


Dari segi definisi, menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia atau lebih dikenali FMUTM (Federation of Malaysian Unit Trust Managers) , Skim unit amanah atau “unit trust scheme - UTS” merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan.Sekiranya dana2 yang berlandaskan Syariah Isalam, maka dana2 ini akan dipantau oleh IBFIM mengikut landasan syariah.


Simple nye.., kita masukkan duit kita dalam satu dana yang akan diuruskan oleh satu syarikat pengurusan dana yang dipanggil “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company). UTMC ni pula, akan laburkan duit kita dalam pelbagai portfolio yang diluluskan seperti sekuriti, bond ataupun aset2 lain dalam syarikat2 yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. UTMC ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission - SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak2 lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan pelabur2, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FMUTM,IBFIM bagi dana2 syariah dan Kementerian Kewangan. Yang paling penting ialah, syarikat2 ni “diluluskan”. Kalau yang tak diluluskan tu… kita panggil skim cepat kaya, Pak Man Telo.. swiss cash.. dan mcm2 lagi.. jgn sampai tertipu da lerr…


Dalam skim unit trust, pelabur2 tidak membeli sekuriti/stocks secara direct dalam portfolio. Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan pelabur2 dikenali sebagai ‘pemegang unit’ (unit-holders).Pelabur2 bukannya pemegang saham dlm sesuatu syarikat yang dilaburkan, sebaliknya merupakan benefisiari di bawah amanah yang duwujudkan oleh UTMC. Mengikut perlembagaan atau ’surat ikatan’ (the deed) skim unit trust, mesti terdapat pemegang amanah (trustee) untuk menjaga kepentingan pelabur. Trustee adalah pemilik sah ke atas semua aset dalam skim unit trust bagi pihak pemegang unit.


Nilai atau harga satu unit dalam skim unit trust dikenali sebagai “Nilai Aset Bersih” atau “Net Asset Value - NAV” per share. Satu unit dalam skim unit trust merupakan ‘bahagian’ berkadar daripada jumlah perlaburan yang terkumpul. Jadi, apabila nilai pelaburan dalam portfolio skim unit trust meningkat atau menurun, maka NAV juga akan turut meningkat atau menurun. Dalam beberapa skim yang ditaja oleh kerajaan (contohnya ASB) dimana portfolio tak tertakluk kepada perubahan nilai, NAV ditetapkan pada RM1.00. Tak seperti dalam stocks, dimana harga boleh berubah-ubah pada setiap kali urus-niaga, NAV bagi sesuatu unit trust fund hanya dikira pada setiap penutup hari urus-niaga. Jadi NAV sesuatu fund akan disebut-harga/disiarkan di suratkhabar utama atau halaman web UTMC berkenaan pada keesokan hari urus-niaga.


Pulangan atau ‘returns’ pelaburan adalah gabungan pembayaran pendapatan tetap dipanggil ‘agihan’ (cash distribution) dan tambahan nilai modal (capital gains) melalui pecahan unit (unit split). "Agihan" atau dalam bahasa glemer nyer adalah "dividen"


Skim unit trust memberi peluang pelaburan untuk pelabur2 kecil mengakses dengan mudah pelbagai jenis pelaburan yang pada kebiasaannya sukar diakses. Bayangkan kalau kita nak invest atau nak membeli direct stock dalam sesuatu syarikat ‘blue-chip’ yang besar seperti TNB, Telekom, Maxis etc…berapa puluh ribu ringgit kita kena ada untuk membeli satu lot stock… itu belum kira kos broker saham dan lain2 lagi. Tapi dengan skim unit trust, kita berpeluang melabur dalam stock2 ni, bukan setakat satu syarikat malah dalam pelbagai syarikat. Inilah yg dipanggil kepelbagaian atau “diversification’ yang mana dapat mengurangkan risiko kalau melabur dalam satu portfolio sahaja.


Dengan risiko yang agak berpatutan, kebanyakkan pulangan pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang (lebih dari 5 tahun) dalam skim unit trust adalah lebih tinggi daripada pulangan daripada akaun biasa dan deposit tetap (fixed deposit - FD).


So..kesimpulannya, melaburlah dengan bijak.Diversify ( agihkan ) pelaburan ke beberapa tempat dan yang paling penting kita faham konsep perancangan kewangan yang sihat.



Hepi Investing...


Friday, January 2, 2009

Definition of Financial Planner


A
financial planner or personal financial planner is a practicing professional who helps people deal with various personal financial issues through proper planning, which includes but is not limited to these major areas: cash flow management, education planning, retirement planning, investment planning, risk management and insurance planning, tax planning, estate planning and business succession planning (for business owners). The work engaged in by this professional is commonly known as personal financial planning.