Thursday, May 10, 2012

Felda : Durian Runtuh ke..?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pemberian durian runtuh berjumlah RM15,000 kepada setiap peneroka Felda seluruh negara. Dalam pengumuman tersebut ada  peneroka secara spontan menadah tangan berdoa dan menitiskan air mata sejurus Perdana Menteri mengumumkan bayaran masing-masing RM5,000 kepada ketua keluarga, isteri dan generasi kedua mereka.

Wowwww..bagi sesetengah warga Felda, nilai RM15,000 itu kelihatan cukup besar. Namun, benarkah tiada agenda disebalik semua ini..?

Sepengetahuan saya, 
  • para peneroka dan pekerja Felda diwajibkan membuat pinjaman dengan beberapa bank terpilih untuk membeli saham FGVH.
  • margin pinjaman adalah 100%.
  • tempoh pinjaman adalah untuk enam bulan sahaja (para peneroka dan pekerja terpaksa membayar balik keseluruhan pinjaman dengan simpanan sendiri semasa menerima borang merah jambu/biru ataupun menggunakan hasil jualan saham FGVH di pasaran terbuka nanti untuk membiayai pembayaran balik pinjaman sebelum atau pada tamat tempoh enam bulan).
  • Tiada “stamping fee”.Namun, para peneroka dan pekerja Felda masih perlu membayar kepada bank fi dan caj sebanyak RM200 apabila pinjaman dengan rasminya dikeluarkan atau RM100 sebagai rebat jika pinjaman dilunaskan awal semasa borang merah jambu (bagi pekerja) atau biru (bagi peneroka) diterima.
  • Kadar faedah 'daily rest' pada paras 5 peratus setahun (banyak tuhh).
Justeru itu, siapakah yang untung sebenarnya..??
  • No.1 yang pasti untung tentunya  institusi perbankan (bank-bank) yang akan memberikan pinjaman berfaedah kepada warga Felda itu sendiri.
  • Pada awalnya, harga TAA ditetapkan pada RM5.85 se saham. Di dalam prospektus yang dipaparkan dalam sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, harga TAA diturunkan kepada RM4.65 se saham, iaitu, penurunan sebanyak RM1.20 se saham atau diskaun sebanyak 20.5%.  Ini bermakna, sebelum diapongkan, Felda BB telah rugi RM1.45 bilion. Penurunan harga ini bakal menguntungkan pelabur-pelabur dalam negera dan asing yang membeli saham FGVHB ini pada harga lebih murah, iaitu, diskaun 20.5%.  Bila saham FGVHB mula dijual beli di pasaran nanti, akan ada pelabur-pelabur kaya tunai yang akan mengutip setiap unit saham yang dijual oleh pelabur runcit dan juga pelabur institusi sehingga mereka berjaya menguasai 30% daripada jumlah saham. Ketika itu, mereka akan berkuasa ke atas FGVHB dan kepentingan peneroka akan mengambil tempat duduk belakang.
  • Bila saham FGVHB yang aset utamanya tanah diapongkan, harta peneroka – tanah ladang dan kilang-kilang pemprosesan sawit – akan bertukar tangan secepat putaran jual beli saham di pasaran saham. Tiada siapa boleh menjamin harta bernilai peneroka ini tidak akan terlepas kepada pelabur asing yang rakus dan tamak. Peluang untuk memiliki tanah tidak ternilai ini dan menguasai minyak sawit, komoditi makanan yang amat penting di dunia hari ini, yang selama ini mereka intai, sudah sedia untuk digenggam.
Saya selaku generasi ke-2 Felda juga, ligat berfikir bagaimanakah caranya untuk saya memperolehi keuntungan maksimum dengan keterbatasan kewangan yang ada sekarang bagi memiliki saham Felda.

Wallahualam..


Wednesday, May 9, 2012

Membaca Jambatan Ilmu


Sesiapa yang berminat untuk membeli buku-buka agama dipersilakan mengunjungi web suami saya.Semoga kita menjadi muslim yang berilmu dan sentiasa memperbaiki diri.Insyaallah..

Saturday, May 5, 2012

Kursus Perancangan Kewangan Islam

Kali ini, pihak penganjur telah memanjangkan pengisian bengkel kepada kursus SEHARI dengan DUA pembentang. Buat semua ibubapa, suami, isteri, anak, majikan, pekerja & semua MUSLIM/AH, WAJIB untuk pelajari bab ini. Kursus yang bakal merungkai persoalan pelaburan halal & haram melalui medium pelbagai, pelaburan emas, kelebihan kiraan keuntungan spiritual dan material perbankan Islam berbanding konvensional. Bentuk pelaburan halal terkini. Elemen haram dalam transksi niaga. Sijil disediakan. Daftar segera..! Maklumat lanjut seperti dalam poster.
Saya dengan besar hati mempelawa & sangat menggalakkan untuk sahabat-sahabat untuk menyempatkan diri menghadiri kursus ini.Insyaallah..

Tuesday, April 17, 2012

Kisah Sahabat Abu Dahdah


Sewaktu saya menghadiri Bengkel Kewangan bersama UZAR..kisah Abu Dahdah ini menjadi tirai pembukaan bengkel tersebut.Sungguh beremosi UZAR menyampaikan kisah Abu Dahdah sehingga emosi itu sampai kepada saya sebagai participant.  

Allah SWT berfirman dalam Al Qur’an:
مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللّهَ قَرْضاً حَسَناً فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافاً كَثِيرَةً وَاللّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
“Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.” (QS Al Baqarah: 245).

Saya juga masih ingat UZAR ada berkata "Ramai orang berkata, jika Rasulullah masih ada, kemungkaran tidak akan ada dimuka bumi, hakikatnya mereka silap, kerana dizaman Rasulallah SAW lagi sudah ramai manusia yang ingkar, alangkah ruginya mereka..".

Seorang pemuda yatim piatu datang menemui Rasulullah dan menceritakan bahawa dia mahu membina tembok disekeliling rumahnya bagi menjamin keselamatan mereka sekeluarga setelah ayahnya meninggal dunia, tetapi malangnya ada sebatang pohon kurma milik jirannya menghalang tembok itu.Justeru dia telah meminta jirannya memberikan pohon itu, namun jirannya tidak bersetuju.Pemuda itu juga telah meminta untuk menebang separuh pohon itu, dan jirannya tetap tidak setuju.Kemudian pemuda itu menawarkan untuk membeli pohon kurma tersebut.Jirannya tetap bertegas tidak mahu.

Justeru Rasulullah SAW telah memanggil jirannya itu.Rasulullah telah menawarkan kepada jiran itu sepohon kurma di syurga yang mana besarnya "100 tahun perjalanan", namun malangnya, si jiran itu tetap tidak bersetuju.

Seorang sahabat Rasulullah SAW iaitu Abu Dahdah mendengar tawaran yang diberikan itu lantas berkata "Wahai Rasulullah, adakah tawaran itu terbuka untuk sesiapa sahaja..?" Rasulullah menjawab "Ya, sekiranya kamu boleh menyelesaikan masalah pemuda ini".

Lantas Abu Dahdah menawarkan untuk menukar sepohon kurma itu dengan kebun kurmanya yang sangat terkenal di Madinah.Lantas jiran itu pun bersetuju.Abu Dahdah bertanya kepada Rasulullah "Adakah aku akan mendapat sepohon kurma di syurga nanti wahai Rasulullah..?""Tidak..!!Kamu tidak akan mendapat sepohon kurma di syurga, tetapi kamu akan mendapat sekebun kurma di syurga Allah nanti".

Abu Dahdah kembali ke rumahnya lantas memberitahu isterinya “Wahai Ummu Dahdah, aku telah infakkan hartaku, aku telah membelinya dengan pohon kurma di Syurga.” Isterinya menjawab, “Alangkah beruntungnya jual beli (perniagaan) itu."

Meremang bulu roma saya mendengar cerita dari UZAR tersebut.Terfikir dibenak saya "Mampukah aku melakukan perkara yang sama..?"

Ya Allah..,berilah aku kekuatan untuk menjadi hambaMu yang sentiasa berjuang untuk mendapat redha Mu ya Allah..

Wallahualam..



Friday, April 13, 2012

Bengkel Perancangan Kewangan Keluarga Secara Islam (Bah 1)


Pada 07 April 2012 saya telah mengambil peluang untuk menyertai Bengkel Perancangan Kewangan Keluarga Secara Islam di Masjid Wilayah Persekutuan oleh Dr Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman atau lebih popularnya dikenali sebagai UZAR..

Kenapa saya menyertainya..? :-
  1. Atas jemputan/ajakan sahabat serta mentor saya iaitu Puan Che Norma binti Ishak (GAM hebat dari Kuantan).
  2. Kehebatan UZAR sebagai seorang pakar dalam bidang Syariah & Kewangan Islam.
  3. Ilmu yang akan diperolehi serta dapat dimanfaatkan dan dikongsikan bersama sahabat yang lain.
Tepat sangkaan saya, pengisian yang sangat menarik.5 jam berlalu tanpa sedar.Untuk pertama kalinya saya mendengar kisah sahabat dizaman Rasullalah SAW iaitu Abu Dahdah.Kisah ini rupa-rupanya akan menjawab segala persoalan berkaitan dengan kehidupan kita sekarang.Kenapa..??Nanti akan saya kongsikan ye..

Friday, March 30, 2012

Refinance Pinjaman Rumah


Refinance adalah sesuatu yang biasa kita dengar..Maksudnya adalah "kita buat pinjaman baru untuk rumah yang sedia ada"..perlukah refinance..??Jawapan nya berbeza pada setiap individu..namun ada beberapa kebaikan yang perlu kita consider untuk refinance pinjaman rumah ini..antaranya adalah :

  • Jimat beribu-ribu ringgit

Apabila kita dapat pinjaman baru yang faedah nya lebih rendah untuk refinance rumah, kita boleh berjimat sehingga 50% daripada pembayaran pinjaman perumahan..!

  • Dapat cash out

Kita layak untuk mendapat lebihan tunai sekiranya nilai rumah kita melebihi baki pinjaman yang tinggal.

  • Mengurangkan risiko faedah yang turun naik

Kita boleh tukar daripada pinjaman konvensional flexible interest (yang interestnya turun naik) kepada fixed interest rate atau pinjaman perumahan islamik. Sekiranya interest semasa lebih rendah, maka kita boleh guna cara ini untuk menikmati kadar faedah yang lebih rendah untuk seluruh tempoh pinjaman.

  • Mengurangkan tempoh pinjaman

Penjimatan daripada refinance (dengan kadar interest yang lebih rendah), boleh digunakan untuk mengurangkan tempoh pinjaman sekiranya kita tidak mengurangkan ansuran bulanan.

  • Menyatukan semua pinjaman (consolidation)

Kita boleh menggunakan wang tunai daripada cash out untuk settle pinjaman lain seperti pinjaman kereta, personal loan, hutang kad kredit dan sebagainya..so, kita hanya perlu bayar pinjaman perumahan sahaja setiap bulan.

Blog yang sangat bagus bagi sesiapa yang meminati property investment..

Thursday, March 22, 2012

UJUB

Suatu malam sebelum tidur hubby berkongsi ilmu yg dipelajari nya sewaktu kuliah Maghrib di surau berdekatan rumah.

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”. (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Dan untuk pertama kalinya waktu itu saya mendengar perkataan UJUB..

Apakah UJUB..??

Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri..Merasa diri HEBAT..Bangga diri.,dan Terpesona dengan kehebatan diri.


Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.

  • Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
  • Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
  • Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
  • Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
  • Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Lepas saya search di pak cik Google..sungguh banyak rupanya hadis2 serta firman Allah yang berkaitan dengan sifat Ujub ini..

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tengelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.” (HR Bukhari dan Muslim)

Imam Nawawi rahimahullah berkata,”ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya". (Syarh Arba’in)

Komen saya.,sebagai manusia biasa..perasaan yang tersenarai di atas sangat mudah hinggap di hati kita..tanpa kita sedari kadang-kadang tatkala orang memuji kita "cantiklah mata awak.,suka saya tengok".."hebat sungguh perkongsian & ilmu saudara".."andalah pendakwah yang saya kagumi"..mungkin pujian hamba Allah itu ikhlas..tapi apakah perasaan yang bermain di hati kita kala itu..??timbul tak perasaan ujub tu ye..??pernah tak terfikir "uisshhh..hebat aku ni..terkesima orang lain dibuatnya..len kali aku kena lebih hebat supaya orang akan komen segala puji-pujian lagi.."..huhhh..!!

Ya Allah..kalau dikaji & diingat-ingat semula..banyak sungguh pujian orang yang akan menjerumuskan kita ke neraka..oleh kerana itu jugalah ada yang mengatakan "Pujian itu membunuh"..dalam Islam sendiri pun sesungguhnya segala puji-pujian itu hanyalah untuk Allah SWT..

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri..

Friday, March 16, 2012

Baju Renang Muslimah @ Renang


Antara aktiviti hujung minggu bersama keluarga yang menjadi minat & selalu saya lakukan adalah berenang..setiap kali saya ke swimming pool.,pasti ada yg bertanya "cantik lah swimming suit u.,beli kat ner..?"So.,entry kali ni kite share skit berkenaan dengan aktiviti renang & ini adalah blog yang menjual baju renang untuk muslimah..hehe..tak dapat royalti pun tau..

Rasulullah bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” (riwayat Sahih Bukhari/Muslim)

Sememangnya terdapat banyak kelebihan jika kita pandai berenang. Disini, disenaraikan beberapa kelebihan berenang yang perlu kita ketahui, antaranya:-
  • Berenang merupakan satu aktiviti senaman yang tidak menggunakan kekerasan. Tambahan pula, seluruh badan anda disokong oleh air semasa anda menjalankan aktiviti ini. Kebaikannya, tiada tekanan kuat yang menekan sendi-sendi tulang anda berbanding membuat senaman di atas darat.

  • Semasa anda menjalankan aktiviti renang, hampir keseluruhan otot utama, jantung dan paru-paru anda akan berkerja. Perkara ini boleh membuatkan tubuh badan anda akan merasa lebih segar, ringan dan berstamina setelah anda keluar daripada air.

  • Aktiviti renang dapat membakar kalori tubuh badan anda. Ini kerana, semasa berenang, tubuh badan anda akan merasa lebih berat untuk bergerak di dalam air. Apabila anda berusaha untuk bergerak, tenaga yang diperlukan oleh anda juga tinggi sehingga pergerakan anda itu dapat membakar 24% kalori yang wujud dalam tubuh anda. Disebabkan itulah, kebanyakan doktor di Malaysia menyarankan pesakit obesiti menjalankan aktiviti ini agar mereka dapat menurunkan berat badan yang dimiliki.

  • Aktiviti renang memerlukan anda mengamalkan bentuk postur badan yang betul. Apabila anda berdisplin dalam hal ini, aktiviti ini boleh membina kekuatan dan ketahanan otot-otot badan anda. Disamping itu juga, ia dapat melentur dan menghasilkan tubuh badan yang menarik buat anda.

  • Aktiviti renang mampu memberikan anda ketenangan dan mengurangkan keadaan stress yang wujud dalam diri anda. Apabila anda tenang dan tidak stress, keadaan jantung anda akan menjadi normal. Perkara ini mampu membantu anda dalam mengurangkan risiko daripada terkena pelbagai penyakit yang berprofail tinggi seperti sakit jantung.

  • Aktiviti renang adalah senaman dan sukan yang paling sihat dan selamat daripada risiko mendapat kecederaan. Ini kerana, aktiviti ini tidak melibatkan perbuatan yang aggresif seperti bermain permainan di darat. Contohnya: Futsal.

  • Aktiviti renang mampu melahirkan insan yang tenang, berani dan tidak panik semasa menghadapi saat kecemasan ketika berada dalam air. Ini kerana, apabila seseorang itu pandai berenang, sudah tentu insan yang berkenaan mampu berfikiran dengan lebih rasional dan tahu apakah tindakan yang perlu diambil bagi menyelesaikan situasi kecemasan yang dihadapi.

Ya..!! Itulah kelebihan-kelebihan aktiviti renang. Terdapat banyak lagi kelebihan aktiviti ini sebenarnya yang saya sendiri pun tak dapat bayangkan. Inilah aktiviti senaman yang seharusnya anda pilih supaya anda mendapat kelebihan-kelebihan yang telah saya nyatakan di atas..hehe..

Sape2 nak belajar berenang boleh la saya tulun2 ajar kan..basic je la..kalau expert kena caj tau..:-) atau pun rajin2 la jenguk youtube..cara2 berenang..




Thursday, March 15, 2012

Doa & Petua Murah Rezeki

bismillah+greeting Doa Murah Rezeki Serta Mohon Hajat

Salamun kaulam mir rabbir rahim,
Salamun kaulam mir rabbir rahim,
Salamun kaulam mir rabbir rahim.

Ya Allah ya tuhan kami tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
tiada daya dan upaya kami, hanya kami berharap pada pertolongan Mu

Ya Allah Ya Tuhan kami,
jadikanlah cahaya di dalam hati kami
jadikanlah cahaya di pendengaran kami
jadikanlah cahaya di hadapan kami
jadikanlah cahaya di belakang kami
jadikanlah cahaya di kanan kami
jadikanlah cahaya di kiri kami
jadikanlah cahaya di atas kami
jadikanlah cahaya di bawah kami

jikalau cahaya itu sukar untuk kami, maka Engkau mudahkanlah cahaya itu untuk kami
jikalau rezeki kami dilangit, maka Engkau turunkanlah
jikalau rezeki kami diperut bumi, maka Engkau keluarkanlah

HASBUNALLAHU WANIMAL WAKIL
HASBUNALLAHU WANIMAL WAKIL
HASBUNALLAHU WANIMAL WAKIL

(tarik nafas dan pintalah di dalam hati)

Satu lagi amalan yang perlu dilakukan ialah :

  1. Selawat ke atas Junjungan nabi 100 x selepas setiap solat
  2. Baca surah Al-Waqiah sebelum tidur
  3. Puasa setiap isnin dan khamis setiap minggu.
Amalkan selama 40 hari..dan berterusan lebih baik..

Wallahulam..



Wednesday, March 7, 2012

Sekufu :-)

Definisi KUFU dari sudut bahasa bermaksud sama atau taraf.Dari sudut istilah pula kufu bermaksud satu aspek yg ketiadaannya akan mencacatkan kedua mempelai.Aspek kufu dalam mazhab Shafei ada 6 iaitu : Islam, merdeka, agama, keturunan, kerjaya, dan sejahtera dr sebarang kecatatan..

Apa plak la kena mengena Sekufu dgn UT ni..??bukan untuk org yg nak kawen je ker..??hahhhh..!!mmg ada kena mengena tau..

Contoh 1 :

Apabila kita mencari client..kita mesti perhatikan dulu siapa kita..?dlm ertikata lain, cara pergaulan kita, aktiviti harian kita, penampilan@personaliti kita, ibadah kita, dan semua yg membuatkan kita tertarik..jika kita mudah tertarik dgn aktiviti lasak, perhatikan..pastinya kebanyakkan client kita juga meminati aktiviti yg sama..begitu juga sekiranya kita minat berkaraoke, pastinya client kita juga akan sentiasa mengajak kita utk berkaraoke..apabila kita suka mendengar & bercerita mslh kpd org..kita juga akan diizinkan utk bertemu client yg suka berkongsi cerita dgn kita..TAPI kalau kita bkn kaki karaoke..mustahil kita akan terjumpa client yg kaki karaoke kan..??atau mungkin kita dipertemukan, namun client akan malu2 kucing untuk ajak kite berkaraoke..:-)

Contoh 2 :

Apabila kita ingin mengembangkan biz UT ini dengan merekrut agent2 baru/downline..kita juga harus perbetulkan niat & diri sendiri..barulah kita akan bertemu dgn agent2 yg mempunyai haluan & target yg serupa dgn kita..sekiranya tujuan kita buat UT ni untuk kaya & hal2 dunia semata2..maka kita akan diizinkan Allah utk bertemu mereka2 yg sehaluan & sependapat dgn kita..namun sekiranya kita telah bertemu & ada biz partner yg tidak sehaluan, tidak salah sekiranya kita berusaha & membimbing mereka untuk sama2 berhaluan dgn kita..haluan kita hanya kita yg tentukan..kalau niat kita utk mencari redha Allah..insyaAllah, Allah akan membantu & mengizinkan kita utk bertemu bakal2 biz partner yg sekufu dgn kita..

Justeru itu, kita tidak seharusnya mengongkong atau menyekat biz partner kita utk menentukan haluannya sendiri..jika ada di antara biz partner/downline kita yg berbeza pendapat, kita haruslah berlapang dada dgn keputusan mereka..mcm yg Prof Dr Muhaya selalu kongsikan bersama : "kehidupan kita ni mcm sungai..terbahagi 2..bahagian bawah air yg penuh dgn keladak..manakala bahagian atas air yg sgt jernih..jika dulu kita ikan yg sama2 berada di dlm air yg berkeladak..kemudian suatu hari, kita telah berubah menjadi ikan di air jernih, maka..secara tidak langsung rakan2 ikan yg lain tentunya dr jenis ikan yg hidup di air jernih.."

Kesimpulannya di sini, jika kita biasa sarapan nasi lemak or roti canai..tetiba hari2 kena mengadap bun & butter..fuhhh..mau kembang tekak dibuatnya..so sy attach kan gambar mkn bun & butter ari2 kt New Zealand - PMB Challenge Trip 2011..:-)


Walaubagaimanapun, kita haruslah melihat dr sudut yg sangat positif berkenaan hal2 SEKUFU..kerana ianya bkn sahaja penentu kejayaan kita, malah menyumbang kpd pencen kubur..wallahualam..



Friday, March 2, 2012

Usaha Tangga Kejayaan..??



Sejauh mana kita berusaha utk berjaya..??Kejayaan bagaimanakah yang kita mahukan..??

Ada orang usaha sikit tapi kejap jek da berjaya.,ada plak org berusaha tak berhenti2 tapi lambat sangat berjaya..

Percaya tak kita semua tu bergantung kepada NIAT..??

Sewaktu saya menghadiri Seminar NLP bersama Pak Haikal, beliau ada bercerita berkenaan 2 org penjual jalanan (di Indonesia kan ada org yg jual makanan seperti mee, bakso dll sambil menolak gerai kayu yg beroda..).Penjual A & Penjual B, kedua2 nya telah berniaga lebih 10 tahun.,namun Penjual A hanya memiliki 1 gerai kayu tersebut, manakala Penjual B memiliki lebih dari 10 gerai kayu itu & telah mengupah orang lain/pekerja untuk berniaga menggunakan gerai kayu tersebut.

Suatu hari Pak Haikal bertemu dgn Penjual A, dan beliau bertanya "Apakah harapan bapak setiap hari sebelum mula berniaga..?"

Jawapan daripada Penjual A ialah "Saya berharap semoga jualan saya hari ini habis & saya bisa memberi makan kepada keluarga.."

Soalan yg sama ditanya oleh Pak Haikal kepada Penjual B, namun jawapan yg diterimanya berbeza.

Penjual B "Saya berharap semoga saya dapat memberi makan kepada lebih ramai orang.."

Di sini dapat kita simpulkan bahawa NIAT dan tujuan kita melakukan sesuatu itu sangat penting dan mempengaruhi hasil dari usaha yg kita lakukan.

Penjual A : Beliau hanya berniat & berharap utk menghabiskan jualan & dapat memberi makan kepada keluarganya sahaja..justeru itu Allah memperkenankan harapannya, dan sungguh pun beliau berniaga & mengusahakan benda yg sama seperti Penjual B, namun beliau hanya mampu untuk memiliki & menghasilkan perniagaan seadanya..dalam ertikata lain "Hanya mampu memberi makan keluarga tanpa ada lebihan untuk orang lain"..

Manakala,

Penjual B : Dengan tujuan untuk memberi makan kepada lebih ramai orang, justeru Allah memperkenankan NIAT nya dengan memberi peluang perniagaan yg lebih besar & dapat membantu orang lain utk memberi makan kepada keluarga masing2..bayangkan kalau seorang pekerjanya mempunyai seorang isteri & 2 orang anak..maka, beliau telah membantu memberi 4 orang makan..sekarang beliau telah memiliki lebih dari 10 gerai kayu, maka bayangkan berapa ramai yg beliau telah bantu..??

Kesimpulannya : Usaha tanpa tujuan & NIAT yg betul belum tentu menghasilkan kejayaan..ramai orang berjaya dalam UT industry, jom kita perhatikan & renung2kan..setiap yang berjaya itu pasti berjaya dengan NIAT & harapan yg disemai..ada orang terlalu berjaya namun kurang mendekatkan diri pada Allah..ada juga yang berjaya namun terlalu merendah diri pada Allah..pilihlah kita nak jadi yg mana..??

Jangan mengharap penghargaan manusia, carilah REDHA Allah..!!

Wallahulam..semoga kita beroleh keberkatan..

Wednesday, February 29, 2012

Quote of the day ---@@---


What is the difference between an obstacle and an opportunity.?? Our attitude toward it.. Every opportunity has a difficulty., and every difficulty has an opportunity.

Tuesday, February 28, 2012

Bijak Memilih @ Handle Objection


Salah seorang UTC saya bertanya "Apa kita nak jwb kalau org tanye..'apsal ko wat UT company Ca Ya Nun Alif..??mcm dah tk de yg lain..malas aku nak invest ngan ko'..sedih tau kak..belum apa2 da kena shoot.."

Hahhh..!!kesian agent akk kan..agent code pun belum dapat..hehe..

Untuk menjadi seorang UTC yg SRH..sincere, respect, helpful ..!! kita mestilah bijak mengawal keadaan & menjawab persoalan2 daripada prospeks..so..apa yg paling penting disini adalah :

1- NIAT..!!

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim

Sebagai seorang yg baru memulakan langkah serta menceburi bidang yg ini..tolong betulkan NIAT..tidak dinafikan INCOME sebagai UTC sgt memotivasikan kita utk menceburi bidang ini..namun..segala niat yg dipasakkan kerana Allah lebib berkat & membuahkan hasil utk dunia & akhirat..jgn lupa kan pencen kubur setiap kali kita melakukan sesuatu..fikirlah bahawa kita sedang berjihad ke jalan Allah melalui saluran Perancangan Kewangan Islam..Allah akan bantu kita klu niat kita semata-mata kerana Allah..kita juga semakin yakin dgn apa yg kita lakukan walaupun kadang kala kita kurang berjaya..

Jadi ini adalah nasihat pertama saya kepada my new biz partner..betulkan NIAT & setting mind bahawa kita sedang berjihad ke jalan Allah..

2.IKHLAS..!!

Ikhlas tidak boleh dilihat, dipegang, namun boleh dirasai..apabila kita berjumpa dgn sesiapa sahaja..ikhlas kan hati & fikir "APA KITA BOLEH LAKUKAN UNTUK MEMBERI MANFAAT KEPADA MEREKA"..walaupun bukan dalam bentuk material, namun perkongsian ilmu juga boleh memberi manfaat..kongsikan kemahiran & ilmu kita tentang UT..samada kita close atau tidak itu akan menjadi perkara ke-2 sekiranya hati kita sudah dibajai dengan keikhlasan..

3.HORMAT..!!

Amalkan sikap hormat menghormati..bak kata Prof Dr Muhaya "salah satu prinsip yg perlu kita pegang untuk hidup tenang ialah : HORMATI SEMUA MAKHLUK ALLAH.."..so, kita perlu tanamkan sikap saling menyayangi & menghormati tidak kira pangkat atau darjat..kalau kita hormat orang, orang juga akan hormati kita..perbaiki tutur kata, buang sifat suka mengata, hindari golongan yg banyak sangat berkata-kata terutama kata-kata yg tidak memberi manfaat..Jauhi sikap yg suka memandang rendah kepada orang lain..jgn kerana orang lain itu tidak bertudung kita terus mengatakan nya salah..kita perlu tukar cara kita berfikir "kasihan dia tidak bertudung kerana mungkin ceteknya ilmu yg dia miliki, namun kita yg kononnya berilmu tapi masih mempunyai dosa yg banyak.."tolong tgk tudung sendiri..baru kita tak nampak apa ada kat tudung orang lain..Prof Muhaya..

4.Membantu..!!

Dalam NLP (Neuro Linguistic Programming) Training bersama Pak Haikal, beliau ada bertanya kan soalan kepada peserta "Siapakah orang yg bertuah..??"..tidak ada seorang pun yg boleh menjawab dengan tepat..& jawapan nya adalah "Orang yg bertuah adalah orang yg pagi2 ada orang datang & minta tolong drpd nya.."..so..utk menjadi org yg sentiasa bertuah..banyak2 lah membantu org lain..dlm UT kita dengan mudah dapat peluang utk membantu org hari2..focuskan perjalanan kita hari2 bertemu prospek client adalah perjalanan yg membawa tuah..

Huhhh..panjang berjela membebel barulah jawab soalan my UTC tadi..camner nk handle bile org ckp camtu..senang jek..

ANDA : ooo..itu pendapat peribadi encik ker..??bole saya tau encik guna kereta apa..?

CLIENT : Hyundai jek..

ANDA : ooo..ingatkan guna Proton jek..sbb setahu saya Hyundai ni bukan org Melayu punya kan..?? 1 lagi, biasanya kalau berbelanja barang2 dapur encik prefer pegi TESCO, GIANT, or kedai Pak Abu sebelah rumah ye..??

CLIENT : TESCO, GIANT la murah..

ANDA : tapi tempat2 tu Melayu punya ker..??sekarang ni camni la..kite sanggup berbelanja ke Tesco or Giant kerana kita nak kan harga yg lbh murah..so, kita terlalu berkira in term of value of money..so, salah ker kita growth our money utk dpt kan performance yg lbh baik w/pun bukan dgn company Melayu..namun masih Syariah Compliant..kita melabur & memilih kerana bangsa ke agama..??

Jawab lah dgn bahasa yg sgt lembut & cara yg sgt profesional, elakkan perbalahan sewaktu sesi soal jawab ye..Semoga dapat dijadikan manfaat..


Sunday, February 26, 2012

Client Baru & Syukur..------@@@

Setiap kali hati berbunga, ucapan syukur sgt ringan & mudah dilafazkan dimulut.,ini lah manusia..termasuklah AKU..terkadang sewaktu perasaan kecewa, sedih, hampa, & marah melanda..kenapa SYUKUR itu seolah2 terlalu berat..??dalam keadaan begitu, terkenang jua utk berSyukur..namun bisikan iblis lg kuat menggoda sehingga kesedihan menjadi melampau2..seolah2 kegembiraan itu tidak pernah dikecapi..ya Allah..zalim nya aku terhadap diri ku sendiri.

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمين
“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

Ironinya : syukur hanya utk kegembiraan sahaja, dan kesedihan tidak perlu di syukuri..???BERUBAH lah untuk mengubah..mulakan dari sifat SYUKUR ini..

Ok..let start to sharing..

Hari ni, kepenatan sgt sebab berjemur tgk anak bersukan..blk rumah sempat basuh kaki & muka shj then tertido..sgt lama sehingga hampir masuk waktu asar..tetiba jam 6 ptg, ada client (nurse) dr private hospital call, dia bg tau doktor kt tempat keje dia suh dtg skrg coz nk invest EPF..seperti biasa "memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi"..sebagai UTC yg agak lama & berpengalaman, meyakinkan prospek yg sudah mempunyai minat adalah perkara yg sgt mudah..so ari ni closed deal dgn seorang doktor muda utk EPF investment plus CASH investment rm10k..

Bagaimana dengan mudah boleh closing EPF & CASH serentak..??

Oleh kerana prospek adalah referral @ diperkenalkan oleh client, maka peluang utk kita close adalah 80%..the rest of 20% adalah BAGAIMANA & SIAPA anda..??

Lakukan fact finding yg SEMPURNA & BERTUJUAN..ramai dikalangan UTC kurang mahir melakukan fact finding..kebanyakkan nya terlalu fokus kpd presentation semata2..takut presentation tak power lah..takut prospek tanya soalan macam2 & pelik2 laa..risau kalau prospek tak yakin pada kita la..tolong BUANG & UBAH perasaan/sikap begitu..perkara paling penting namun sering diabaikan oleh UTC ketika berjumpa client utk pertama kalinya adalah FACT FINDING..baki 20% utk kita close the deal adalah..BAGAIMANA kita membawa diri kita & SIAPA kita dimata prospek..??

Kita perlu membawa diri kita sebagai seorang FINANCIAL PLANNER bukan sekadar agent unit amanah..dan kita adalah seorang yg sangat MEYAKINKAN serta pakar dalam bidang UT ini..!!

Lakukan fact finding yg sempurna..contoh :
  1. Bagaimana dia tahu berkenaan UT..?? tujuan nya utk kita membuat penilaian sejauh mana knowledge dia berkenaan UT..so, mudah lah utk kita meneka antara soalan2 yg bakal ditanya & presentation mana yg bersesuaian..kalau dia dpt tahu dari kawan2 shj, maknanya kerja kita agak mudah kerana kita hanya perlu present fundamental atau basic sahaja..selebihnya kita hanya perlu handle objection or rumors dr kawan2..tapi sekiranya dia tahu dari pembacaan @ pernah ada pengalaman, kita perlu lebih detail & tunjukkan fakta2 berkenaan..ini sgt penting utk meyakinkan prospek & membuktikan bahawa kita seorang yg sgt meyakinkan..
  2. Kenapa & apa yg mendorong dia minat utk invest dalam UT..??bagi referral prospect, soalan ini amat penting kerana dari sini kita bole mengetahui tujuan & faktor yg mendorong dia utk invest..sekiranya tujuan & faktor pendorong itu tidak tepat, adalah tugas kita untuk membetulkannya supaya ianya mencapai sasaran..
  3. Apakah matlamat pelaburan serta serba sedikit latar belakangnya..??ramai yg mengatakan saya agak daring bila saya bertanya "berapa duit simpanan yg En/Puan ada sekarang dan dimana En/Puan simpan..?"..sebenarnya soalan ini sgt penting utk kita tanya kpd prospek client..tujuan nya adalah untuk memudahkan kita membantu client membuat perancangan & asset allocation..dari sini juga lah kita dpt tahu samada prospek kita itu bole invest cash atau tidak..tanyakan soalan ini dengan penuh keikhlasan utk membantu..prospek client kita akan merasai keikhlasan kpd soalan itu & akan menjawab dgn jujur..sekiranya kita teragak2 & mempunyai kepentingan peribadi dgn soalan tersebut, client tidak akan menjawab soalan itu..YAKIN lah..dengan keikhlasan yg kita pamerkan, maka, client akan memberikan 20% baki keyakinan nya kepada kita..
So..jgn teragak2 utk melakukan FACT FINDING..ini sangat PENTING..kegagalan atau kebocoran utk melakukan fact finding dgn sempurna akan menimbulkan kesukaran utk kita close deal & kemungkinan mslh dikemudian hari..contohnya : keyakinan client akan hilang sekiranya matlamat dia & apa yg kita cadangkan tidak selari..

Wallahulam..

Saturday, February 25, 2012

Soal Hati..


An-Nu’man bin Basyir berkata: “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.‘” (HR. Bukhori)

10 Tanda HATI yang mati ialah :-

  1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak nya.
  2. Mengaku cinta kepada Rasulullah SAW, tetapi mengabaikan sunnah baginda.
  3. Membaca Al Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalam nya.
  4. Memakan nikmat2 Allah, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian Nya.
  5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
  6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal utk mendapatkannya.
  7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha utk menjauhinya.
  8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
  9. Menyibukkan diri dgn membuka keaiban orang lain , tetapi terlupa akan keaiban diri sendiri.
  10. Menghantar dan menguburkan jenazah, tetapi tidak mengambil iktibar daripada nya.
"Ya Allah, Tuhan yg menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada Mu.."(Riwayat Muslim)

Amin..




Friday, February 24, 2012

Kecelaruan Identiti :-O


Biasa nya kecelaruan identiti ini sering dikait rapat dgn remaja..adakah hanya remaja sahaja yg sering bercelaru & tidak mengenal identiti diri sendiri serta cuba menjadi orang lain..??

Ramai juga dikalangan orang dewasa yg mungkin dianggap sudah matang, namum masih menghadapi masalah kecelaruan identiti..sering terbayangkan orang lain untuk menampilkan diri sendiri..kita mesti jadi diri sendiri..!!tiada alasan untuk kita sentiasa dibayangi oleh orang lain..

Mungkinkah kerana glemer serta tittle yg kita miliki mewajibkan utk kita tercelaru..??fikir2 kan lah..jadilah diri kita sendiri supaya kita sentiasa di dalam rahmat Allah SWT..!!



Wednesday, February 22, 2012

Berubah Untuk Mengubah



Fikirkan perubahan yg bakal kite lakukan dgn BERUBAH..!!
Kita tidak akan dpt apa yg kita mahu..tapi kita akan dpt apa yg kita JANGKA kan..namun, kite mesti :
  • Focus
  • Kemahuan yg Tinggi
  • Usaha yg Gigih
  • Yakin dgn rahmat Allah
  • Fikiran Positif
Elakkan suasana luaran mempengaruhi kita..!!Ciptalah dunia dalaman yg bahagia utk mendapat dunia luaran yg bahagia..

Tuesday, February 21, 2012

Flying Without Wings



Everybody's looking for that something
One thing that makes it all complete
You find it in the strangest places
Places you never knew it could be

Some find it in the face their children
Some find it in their lovers eyes
Who can deny the joy it brings
When you find that special thing
You're flying without wings

Some find it in the sharing every morning
Some in their solitary lives
You find it in works of others
A simple line can make you laugh or cry

You find it in the deepest friendships
The kind you cherish all your life
And when you know how much that means
You've found that special thing
You're flying without wings

So impossible as they may seem
You've got to fight for every dream
'Cause who's to know
Which one you let go
Would have made you complete

Well for me it's waking up beside you
To watch the sun rise on your face
To know that i can say i love you
At any given time or place
It's little thing that only i know
Those are things that make you mine
And it's like flying without wings
'Cause you're my special thing
I'm flying without wings
You're the place my life begins
And you'll be where it ends
I'm flying without wings
And that's the joy you bring
I'm flying without wings
.,

Kadang2 kite perlu berfikir keluar dr scope kebiasaan kite..contohnya : I'm flying without wings..dulu2 suke sgt dgr lagu nihh..sbb singer nya hensem..now, from the positive side, we can feel something that special..just imagine, how we can flying without wings..??but, nothing impossible..!!

Monday, February 20, 2012

Berubah - 7 Sifat Kesedaran Ketuhanan



Syukur Alhamdulillah..dpt jugak sambung dr topic terdahulu yg tk sempat disalin sewaktu dgr secara live talk dr Prof Dr Muhaya..

Jom kite sama2 muhasabah diri..Adakah kite mempunyai 7 sifat yg akan memberi kite susah & stress :
  1. cepat marah
  2. sentiasa nak betul dlm percakapan
  3. dlm semua urusan kite nak lebih
  4. kite mesti lebih dr org
  5. sgt fikir apa org kata
  6. sentiasa merasakan segala yg kite capai adalah hasil usaha kite sendiri tanpa bantuan Allah & org lain
  7. sentiasa pentingkan title & pangkat
Kalau kite ada sifat2 ini..maknanya kite hidup dlm kesedaran keEGOan & nafsu yg menyebabkan punca kerosakan minda & kesihatan manusia..JIKA ada..jom..jom..kite BERUBAH..ubah kpd 7 Sifat Kesedaran Ketuhanan :
  1. kite tidak suke compete, tapi kite beri kerjasama pd semua org
  2. dlm perbualan kite lbh baik menjaga sillaturrahim dr cuba nak betul
  3. sentiasa buat sesuatu dgn penuh kasih sayang
  4. sentiasa fikir utk memberi manfaat kpd org lain bkn pd diri sendiri shj
  5. mencari kebaikan dlm diri seseorang
  6. murah hati
  7. menerima manusia seadanya & perbaiki diri kite
Motto : ESOK ADALAH HARI YG LEBIH BAIK..!!

Ya Allah..bantulah aku utk mencari redha Mu..

Friday, February 17, 2012

Diversification -@@-

What is diversification..?

Definition

A portfolio strategy designed to reduce exposure to risk by combining a variety of investments, such as stocks, bonds, and real estate, which are unlikely to all move in the same direction. The goal of diversification is to reduce the risk in a portfolio. Volatility is limited by the fact that not all asset classes or industries or individual companies move up and down in value at the same time or at the same rate. Diversification reduces both the upside and downside potential and allows for more consistent performance under a wide range of economic conditions.

Reference

Apa yg cuba sy jelaskan di sini adalah konsep diversifikasi..kite selalu sebut "diversify"..tapi faham kah kite makna disebaliknya..??

Diversifikasi adalah 1 portfolio yg direka utk mengurangkan pendedahan kpd risiko dgn menggabungkan pelbagai pelaburan yg berbeza utk mencapai matlamat yg sama..contohnya : Pelaburan dlm UT, kite bole "diversify" pelaburan dgn melabur di dalam dana2 yg pelbagai seperti bond, equity, money market, dan balanced..matlamatnya hanyalah 1..meminimumkan RISIKO..

Dalam aspek yg lbh besar, contohnya pelaburan utk jangka panjang, kite ada pelbagai instrument pelaburan, antaranya : bon, hartanah, unit amanah, emas dan sebagainya..Matlamat kepelbagaian/diversifikasi ini hanyalah SATU iaitu Mengurangkan RISIKO dalam portfolio..ini kerana setiap pelaburan itu mempunyai kadar turun naik yg berbeza bergantung kpd strategi nya..

Oleh itu, sebagai penjual yg mempunyai cita2 besar utk berjaya, kite juga boleh mempelbagaikan/men"diversify"kan produk kite..Semoga yg baik boleh dijadikan panduan..

Wallahualam..

Thursday, February 16, 2012

Transformasi Sahsiah - Berani Berubah (2)



sambungan..Berani Berubah..

Berubah dari seorang yg pemalu & tidak peramah kpd seorang yg sangat peramah & berani menghadapi segala situasi
..antara kemusykilan yg sering sy dengar "segan la..sy tak pandai ckp..malu..tk ramai kawan.."..
  • kali pertama anak sulung sy melangkah kan kaki ke sekolah..selama 1 minggu dia menangis..tp sy paksa & tabahkan hati utk tinggalkan dia di sekolah tanpa mempedulikan rintihan nya..akhirnya setelah seminggu dia berhenti menangis & sentiasa ceria bila ke sekolah..agaknya kenapa ye..??perlukah sy berhenti menghantar dia ke sekolah pabila mendengar rayuan nya utk tidak ke sekolah..??apa akan jadi pd masa depan nya..??sebagai manusia biasa, kite tidak lari dr merasa tidak selesa kpd rutin harian yg baru..contohnya : kita malu bile berhadapan/berjumpa org yg kite tk kenal..kite sukar utk mesra dgn org yg sekali sekala kite jupe..NAMUN..tuntutan kerja sebagai UTC, kite perlu berhadapan dgn org..kite perlu approach client..kite perlu buang perasaan malu..apa yg kite malukan sebenarnya..??adakah kite melakukan maksiat..??bukankah kite mengajak org ke arah kebaikan..menyimpan & merancang kewangan secara Islam..!!
  • sebenarnya kite hanya kurang selesa dgn sedikit perubahan tersebut..teruskan berubah..buang semua perasaan takut & malu..kalau anak sulung sy terus takut & dibelenggu perasaan malu..mungkin dia tidak bersekolah hingga sekarang..tugas sy..bantu dia utk belajar bergaul & meningkatkan keyakinan diri..perlahan-lahan dia akan menjadi lebih terbuka..akhirnya sekarang..setelah 2 tahun di kindergarten..dia ke sekolah rendah dgn semangat & perubahan yg sgt ketara..dilantik menjadi seorang Ketua Kelas pd usia yg sgt muda berbanding rakan2 sekelas yg lain (dia baru 6 tahun darjah 1)..kite harus bantu diri kite utk keluar dr belenggu tersebut..kite skrg mungkin berada di "comfort zone"..tolong keluar utk menjadi seorang "KETUA KELAS" seperti anak sy..BERUBAHLAH..!!hanya kite yg akan menentukan dimana kite akan berakhir..ubah cara hidup kita..tingkatkan kualiti kehidupan utk mencari redha Allah..
Berubah ke arah yg lebih POSITIVE..antara yg sering menjadi rungutan.."susahnya nak cari org..sume org da tahu & da invest laa..slow la investment ni..tak de masa la nak cari org & mcm2 lagi"..
  • sikap & fikiran negative hanya akan menyekat kemaraan semangat yg sedang membara..kite selalu dgr org kata "bukan senang nak senang..bukan susah nak susah"..apa yg perlu kite lakukan mudah sahaja..buang perkataan "susah..tapi..kalau.." perkataan ini akan mendorong kite utk tidak redha terhadap apa yg terjadi..
  • Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka kenalilah kawan-kawannya".. oleh itu sekiranya kite memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan, pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian kite., pastinya kite turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup kite pula.. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka..

    Untuk berjaya kite perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya..belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka..belajar tentang cara mereka membentuk personaliti dikalangan masyarakat.,orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan..personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya..kalau mereka boleh, kite juga boleh melakukannya..namun begitu.,kite perlu menjadi diri kite sendiri..hindarilah sikap hipokrit yg hanya akan memusnahkan keyakinan org pada diri kite..

Berubah & tingkatkan kualiti supaya menjadi seorang mukmin sejati..untuk menjadi mukmin sejati..1- Ikutilah perintah al-Quran. 2- Teladani sunnah Rasulullah SAW. 3- Contohi perilaku para sahabat dan orang2 yang baik (alim ulama)..Tekad kan niat utk berjihad ke jalan Allah SWT..wallahualam..

Wednesday, February 15, 2012

Transformasi Sahsiah - Berani Berubah

Selaras dgn Firman Allah dlm Al Quran yg bermaksud :"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum, kecuali mereka sendiri yang mengubah apa-apa yang ada dalam diri mereka"..

Setiap manusia memerlukan perubahan, kerana perubahan pada diri manusia adalah sebuah keperluan yg penting..manusia mesti berubah kerana ia adalah suatu KEPERLUAN..!!Bayangkan dr usia 1 hari hingga ke saat ini..berapa byk perubahan telah berlaku pd kite..agak2 klu mase kite baru pandai berjalan kite terus berhenti berusaha utk berubah..adakah kite seperti KITA pada HARI INI..boleh berjalan, berlari & hidup sebagai manusia sempurna..??tentu TIDAK kan..

Kenapa sekarang kite harus berhenti utk berubah..??perlukah kite berhenti dr melakukan perubahan..??adakah kite sudah cukup selesa dgn keadaan kite skrg..??tamat kah perjalanan hidup kite setakat ini..??

Kita MESTI berubah..buangkan semua ALASAN, KETAKUTAN, PRASANGKA, KECELARUAN, & semua yg menghalang niat kite utk berubah..!!

BERUBAH lah kpd kehidupan & peribadi yg lebih berkualiti..(seolah2 terdengar org berkata "ckp mmg senang..tp nk mula camner..?)..Hari ni sy share skit ok..dr skop kerja sy dulu la ye..(mudah2an dpt memberi manfaat)..

  1. Berubah dari makan gaji kpd kerja sendiri.- Kenapa sy perlu berhenti kerja & pilih kerjaya sebagai UTC sepenuh masa..??ramai yg jupe sy dan berkata masalah utama mereka adalah "kerja camni income tk tetap laa..so camner nk wat fulltime sedangkan sy ada byk sgt commitment.." sejujurnya sy akui untuk terus berhenti bekerja & turn to fulltime UTC mmg akan menimbulkan mslh terutama bg meraka yg sarat dgn commitment terutama "HUTANG BANK"..so bagaimana kite perlu bermula..??
  • tolong mula kan sebagai part timer yg penuh disiplin & commitment ..contohnya : sebagai seorg part timer..mase yg ada sgt limited..so tolong manage mase sdri..cadangan sy..habis waktu kerja stop buat overtime & terus focus utk wat UT..target sehari mesti ada close deal..amount tk penting..disiplin diri tu yg pntg..sekiranya overtime PAKSA..tolong ganti hari tersebut dgn hari cuti yg lain..klu sehari kite bole close deal rm5k EPF sale..dlm sebulan @ 20hari kite boleh dpt rm100k dgn jumlah komisyen rm2k..fikirkan..!!overtime hari2 bole dpt tak byk ni..?? berhenti bagi ALASAN..
  • fokus & kerja keras..berhenti buat kerja lain..fokus & korbankan sedikit tenaga utk usaha yg berterusan..
  • tingkatkan ilmu & cara berfikir..untuk menceburi sesuatu yg baru, kite haruslah mempertingkatkan ilmu pengetahuan berkenaan produk tersebut..tolong hadiri training yg disediakan samada oleh pihak syarikat @ leader kumpulan..ubah cara kite berfikir & melihat..tidak bermakna ilmu & cara berfikir yg sebelum ini tidak bagus..tp tidak salah sekiranye kite memperbaiki & mengubah kpd yg lebih berkualiti..kite perlu mendalami & memahami produk yg kite pasarkan..jd kan diri kite sebagai Financial Planner..bkn sekadar agent UT..fikirkan jika kite tidak memperjuangkan sistem ekonomi Islam..siapa lagi..??kite MESTI bantu org lain utk merancang kewangan mereka berdasarkan perancangan kewangan Islam..secara tidak lansung kite telah melakukan jihad ekonomi..
  • goal setting..kite perlu ada vision & mission..lakarkan apa yg kite mahukan..rancang cara bagaimana kite harus laksanakan..disini kite perlu faham konsep Law of Attraction..Your thought become thing..!!Hukum Tarikan..kite mesti tahu bahawa apa yg kite fikirkan pastu akan kite capai..
  • membina hubungan baik dgn ahli kumpulan & leader..ini akan membantu kite merancang hala tuju & membantu dlm mengembangkan bisnes kite..kite juga dpt belajar byk perkara dr pengalaman rakan2 seperjuangan dlm pelbagai perkara..contohnya : cara utk approach client..handle objection..closing..& mcm2 lagi..
  • doa & tawakkal..ini adalah suatu keajaiban..merayulah kpd Allah SWT..sesungguh nya Dia mengetahui yg terbaik utk hamba2 Nya..Yakin lah bahawa rezeki adalah dr Allah SWT..kite perlu berusaha & merayu pada Nya.
    "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)." (Surah Ali 'Imran:3)
Kita harus menyahut cabaran utk BERANI BERUBAH...!!

Monday, February 13, 2012

Closure of Sales for Fund...

PISSF akan ditutup utk semua transaksi bermula 1 Mac 2012..kecuali Direct Debit & Regular Investment instruction..so..
  • EPF utk akaun baru (Initial Investment)
  • EPF utk existing client (yg main tulis no akaun jek nih)
  • CASH utk buka akaun baru
  • CASH utk tambah kat kaunter (existing client)
sume ni tak bole lg ye sehingga diberi tahu kemudian..maka nya..tolong tgk betol2 dana apa time isi akaun number ye..nati tak pasal2 jek form reject..Harap Maklum..

Sunday, February 12, 2012

Celik Mata..Reset Minda & Jiwa



11 Feb 2012..bersama Prof Dr Muhaya Hj Mohamad..

Hampir 3 jam tetapi rase mcm 20 minit je bile dgr Prof Muhaya bercakap..dlm keadaan yg sgt santai beliau berkongsi cara "bagaimana kite perlu membuat perubahan ke arah hidup yg lebih bahagia, tenang dan bermanfaat.." Ini dilakukan dengan mengubah cara berfikir, cara melihat sesuatu dan meningkatkan kualiti kehidupan dengan meningkatkan kesedaran diri dan memperbaiki konsep diri sendiri.

Kite perlu meningkatkan kualiti kehidupan dalam 5 aspek penting iaitu :
  1. kesihatan fizikal
  2. kesihatan mental
  3. kekuatan rohani
  4. kebahagiaan hubungan sesama manusia
  5. kualiti kewangan
Yang pertama : "Mengubah cara berfikir"

Kes 1 :

"Duit kite dicuri org"..kite biase nye akan marah pencuri tersebut..mcm2 sumpah seranah kite hamburkan pd si pencuri..TAPI..Prof kata :"kite perlu bersyukur & berterima kasih pd pencuri tersebut..mungkin duit yg dicuri itu adalah hasil yg shubhah dlm cara kite mendptkan duit tersebut dan indirectly si pencuri telah membersihkan & menyelamatkan kite dr makan hasil yg diragui..Allah tidak akan izinkan sesuatu itu terjadi tanpa sebab musabab nya..

Kes 2 :

"Isteri yg ditinggalkan suami tanpa nafkah"..si isteri akan terjerit2 tuntut hak di mahkamah..maki2 bekas family in law..bergaduh bagai nk perang dunia dgn ex husband bile nk minta nafkah & mcm2 lg..TAPI..dr perspective seorang Prof :"kita perlu bersyukur..mungkin dulu masa kite baru2 kawin..dua2 pun jahil..skrg bila kite sudah berusaha utk berubah..tapi suami tak nak berubah..jd Allah putuskan hubungan tersebut utk menyelamatkan kite dr manusia yg jahil itu..menjerit2 kt mahkamah pun tk guna sbb..hati manusia milik Allah..hanya Dia lah yg akan menggerakkan nya..minta pd Allah semoga ex husband tu lembut hati & sedar tanggungjawab dia pada anak2..

Kes 3 :

Prof ada kata "jika kita baik..Allah akan izinkan kite berjumpa org yg baik2 shj..TAPI sekiranya kite berjumpa org yg tidak baik..ingatlah..mungkin ada keTIDAK baikan yg telah kite lakukan.." dari sini kite boleh nilai diri kite & nampak bayangan kite pd 2o tahun akan dtg..ingatlah..kite harus mencari pencen syurga..!!

Yang kedua: "Mengubah cara melihat sesuatu"

Kes 1:

"Masalah anak nakal"..hahhh..mak2 yg ada anak2 yg agak hyperactive nihh..apa agak2 ayat yg selalu keluar dr mulut kite..??
  • ko ni kenapa degil sgt..??
  • nape tak mo dgr cakap org tua..??
  • sape suruh lari2..??
  • padan muka..tu la mak da ckp jgn naik motor laju2..da jatuhh..baru ko rase..??
  • tu la..hisap rokok lg..da kena gantung sekolah..??
Tolonglah berhenti bercakap PASAL/PE'EL anak..kite seharusnye perlu berckp DENGAN anak..macam mana..??
  • kite perlu hormat anak2 kite klu kite nak anak2 hormatkan kite..
  • pandanglah mata anak bile bercakap..
  • berikan perhatian bile anak2 pula bercakap..
  • berikan tindak balas segera bile anak memerlukan kite..
  • roh & perasaan mempengaruhi fizikal kite..semaikan kata2 positif & baik pada anak2 serta persekitaran nya..
  • panggil anak dgn nama yg baik2..(skrg ni ramai sgt anak yg nama panjang2 smpi 3,4 perkataan..last2 panggil "boboi la..kiki laa..lala la.." hahhh..tu doa tau utk anak2 kita..)
Kes 2:

"Apabila kite melihat org tidak menutup aurat"..biase yg kite tgk..org yg baik2 ni kononnye akan memandang sinis & mengutuk2 mereka..TAPI..Prof kata : "berbaik sangka lah pd mereka..kasihani mereka..mungkin kerana mereka tidak berilmu maka mereka pun mendedahkan aurat..sebaliknya kite yg berilmu pun banyak sgt dosa2 yg kite lakukan.."..pandanglah kesan cela yg ada pada tudung kite sendiri supaya kite tidak nampak kotoran pd baju orang lain..

Yang ketiga: "Meningkatkan kualiti kehidupan"

4 Prinsip utk Hidup Tenang :
  1. hormat pd semua makhluk2 Allah..tak mengira pangkat/darjat
  2. sentiasalah bersikap lemah lembut..
  3. jujur dan tidak hipokrit..!!
  4. sentiasalah fikir "apa yg saya boleh lakukan utk memberi manfaat pada org lain"
Jauhilah sikap EGO..antara contoh2 org yg mempunyai EGO yg SANGAT2 TINGGI ialah : (sempat salin 5 jek..huhu..Prof bagi 7..nati da ingat kite updated k..)
  1. suka marah..
  2. suke compete..
  3. sentiasa nak lebih dr org..
  4. sentiasa nk superior org..
  5. sentiasa pandang tittle/pangkat/kekayaan..
Setakat ni jek yg sempat tersemat di minda & mampu dikongsi bersama..

Thursday, February 9, 2012

Unit Amanah - Basic

Unit amanah tu ape eh..??unit trust la..ehh..unit trust tu camner..??hahhh..antara soalan2 yg perlu dijwb dgn TERANG & JELAS bile org yg tak biase dgr psl UT tnye kite.
  • Unit Amanah adalah skim pelaburan kolektif.(kumpul2 duit dr setiap pelabur then dilaburkan laa..).Duit yang dikumpul tu dilaburkan oleh pengurus dana dalam pelbagai jenis saham, bon, atau sekuriti lain dalam pelbagai perkadaran bergantung kepada objektif dana..(setiap syarikat unit amanah tu ade fund manager yg akan labur kan duit tu semua dlm pelbagai kaunter di BSKL)..
  • Pendapatan yang diperolehi melalui pelaburan dan peningkatan modal akan diberi kepada pelabur melalui agihan/dividen.Agihan diberi berpandukan bilangan unit yg dimiliki oleh setiap pelabur sewaktu agihan di isytiharkan.(so setiap pelabur memperolehi kadar agihan yg berbeza..bergantung kpd unit yg ada)..
  • Kebanyakan dana unit amanah di Malaysia adalah dana terbuka (kite bole jual unit kite bile2 mase & pelabur lain juga bole membeli sebanyak mana & bile2 mase sahaja unit yg dikehendaki)..ini menjadikan dana unit amanah adalah pelaburan yg sangat cair (mudah tunai).
  • Pelaburan awal boleh dibuat dengan hanya RM1, 000 dan bile ade duit lebih bole la beli unit tambahan atau melabur jumlah tetap mengikut jadual tetap secara bulanan (monthly) melalui akaun bank (wat standing instruction) sebanyak min RM100..so., unit amanah adalah pelaburan yang paling sesuai untuk orang biasa kerana ia menawarkan peluang untuk melabur dalam pelbagai portfolio dan diuruskan secara profesional oleh pengurus2 dana yg jgk profesional..
  • Keuntungan unit amanah ada 2 :
  1. Kenaikan Harga (bila kite jual pada harga tinggi atau bile bond matang).
  2. Pendapatan dari Agihan/Dividen yg diisytiharkan oleh syarikat pengurusan unit amanah.
Yang lain2 kite share nati ye..penat plak petang2 nihh..:-)

Wednesday, February 8, 2012

Sabar Menghadapi Dugaan/Ujian

  • "Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan." [Al-Anbiyaa’: 35]
Jelas & terang dlm Al Quran menyebut segala kesusahan & kesenangan adalah dugaan/ujian kpd kita sebagai manusia..dugaan juga berbeza pd setiap org.,
  • "Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya."[Al-Baqarah: 286]

Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya.,dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan.,ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba.

Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut.,

  • "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta." [al-Ankabut: 2-3]
Sabar adalah sebahagian dr iman.,apa yg mampu kite lakukan hanyalah bersabar..dugaan yg kite tempuh dgn redha & penuh keimanan akan meningkatkan darjat kite di sisi Allah SAW..Kesabaran mesti dijana dengan ketaatan sebagai dasar untuk mengelakkan goyah iman serta berputus asa..bahkan., kerana ketaatan jugalah., manusia akan menjadi redha atas ujian yang berlaku.

Bersabarlah dlm menghadapi dugaan/ujian..biar pun pahit utk ditelan..kerana sabar itu ADALAH PELAMPUNG BG ORG YG BERIMAN..!!

Wallahualam..

Saturday, February 4, 2012

SMS @ Service Client..??

Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433H..ni la contoh sms yg aku sent pada client :

" As salam..Sehalus jalinan tenunan, seindah karya dihasilkan.,Tiadanya persefahaman antara tenunan & penenun..maka pincanglah karya yg dihasilkan.,Ibarat persefahaman yg menjadi asas perpaduan Ummah, ajaran agung Nabi junjungan kita.,Rasulullah SAW.."SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1433H.." dgn ingatan tulus ikhlas..shila@pmb.. "

Hahhh..lps 15 min..tuttt..tuttt..tipon aku berbunyi..

Rupe2 nye client yg da lama aku tk jupe sbb dia selalu bz & time dia free aku plak bz..dia da invest since Jan 10..so mean da 2 tahun la kan..(aceli dia da tk contribute EPF sbb tu aku pun tk de la beriye2 sgt nk jupe dia.,dia da biz sendiri)..tapi SMS tetap aku hantar..so..tadi bile dia call & aku tgk kt system..dia da making profit average 26% dlm mase 2 tahun..ermmm..APPOINTMENT CONFIRM ari SELASA ni..& dia kata dia nak tambah CASH & buat monthly investment..!!

Inilah KERAMAT nya SMS walaupun info2 & ucapan2 biase..start practice from NOW ok..!!tapi..tolonglah kalau bole sms tu from the bottom of ur heart..jgn men forward2 jek..klu kite men forward2 jek..feel tu tk smpi..kecuali lah SMS info & fakta..

Friday, February 3, 2012

Bersangka Baik @ Husnul Dzon {@@}

Antara sikap yang menunjukkan kita seorang yang berfikiran positif ialah bersangka baik dengan Allah dan orang lain atau dalam bahasa arab dipanggil husnul dzon yang mana merupakan akhlak yang terpuji dalam Islam.

Hahhh..selalu dgr..tp practice tak..??"aku" kdg2 terlupa..ermmm..ada story disebalik nihh..

My Biz Partner (MBP) : Mr X tu dia da tk nk invest ngn kite tau..
Me : Hahh..iye ker..??nape..?
MBP : Dia kata.,kawan2 kaki motor sama2 ngn dia pun ade wat gak PM nih..so kawan dia suh dia invest ngn dia la..support kawan2 katanya..
Me : Ermmm..patut la i call byk kali tak mo jwb..da la form nk kena tukar baru nihh..

After 1 month.,via emel jek..

Re: Statement Update

Apa khabar Mr X..TAHNIAH sbb da jupe dgn UTC yg lbh baik dr sy..:-)..
(perli sebenonye nihh) Kindly refer to attached file..tot tet..tot tet..

Last skali sbb masih tak puas hati..siap guna color merah ko..!!

Di sini saya ingin mengingatkan semula
4 STRATEGI PELABURAN DI DALAM UNIT AMANAH :
  1. Jangkamasa (sekurang2 nya 3 hingga 5 tahun).
  2. Regular Investment - Pelaburan yang berterusan & konsisten - Pelaburan setiap bulan bagi CASH & setiap 3 bulan bagi pelaburan melalui KWSP.
  3. Pemerhatian dan Penilaian Semula oleh UTC.
  4. Mengambil Tindakan apabila mencapai sasaran (switching etc).

Semoga maklumat ini dapat memberi gambaran yang jelas mengenai kedudukan pelaburan tuan di dalam PMB.

Saya juga ingin mengucapkan TAHNIAH kerana telah bersama kami sejak 7 bln yang lepas dan kami berharap tuan akan terus bersama kami di PMB sehinggalah tempoh persaraan.

Ehh..tk smpi 10 min Mr X tu reply la pulak..

Salam Cik Shila,

Maafkan saya..

Kita x bernasib baik ..bila cik shila call je sy tgh bz..xpa nti sy save number cik shila.

Actually sy lum commit apa2 dgn agent lain..agent lain tu kwn2 rapat sy gak..tulah susah gak nak jaga hati kwn2..diaorg bilang kwn pon xnak tolong..

Fyi sy ni jenis x keen sgt pasal benda2 ni..just ikut jer..untung ke rugi ke..x amik hal..byk lagi benda nak di fikirkan..

Tu sebab dulu investment dlm annuity tu sy biarkan jer..

So bagus gak cik shila wat laporan mcm ni..very straight forward..nak fahamkan statement tu ..malas lak.

So sy percaya cik shila..kena jujur tau..we continue..just tell me what to do next..

rgds

Mr X..

Hahh..amik kau..tu la bersangka buruk lagi ngn org..huhu..

Kenapa bersangka baik ini perlu..??
  1. dapat menghindari dari sikap putus asa dengan rahmat Allah
  2. dapat menjaga hati kita dari mempunyai perasaan sakit hati dan dendam
  3. elakkan dari permusuhan sesama manusia
  4. jauhkan dari kejadian yang tidak diingini seperti mengungkit-ungkit
  5. menyedari hakikat manusia ini perlu ada niat baik
  6. semua manusia sukakan kebaikan secara fitrahnya

Persoalannya bagaimana untuk menjadi seorang yang sentiasa bersangka baik?

contohnya: ditimpa musibah dan ujian dari Allah, orang menyakiti hati kita seperti menghina kita, mengumpat tentang kita di belakang, mencuba menjatuhkan semangat dan reputasi kita,
menfitnah kita, mengganggu kehidupan & kebahgiaan rumahtangga kita,selalu tak puas hati dengan kita, suka marah-marah kita tanpa sebab yang logik akal, dan sebagainya.


Penyelesaianya kita perlu kuatkan hati dan bersangka baik.
  • Allah tidak turunkan ujian kepada kita melainkan sesuai dengan kemampuan kita, believe it!- cuba selami perasaan orang lain yang lebih menderita dari kita.
  • sentiasa memaafkan orang lain.
  • anggap semua orang sayangkan kita.
  • anggap Allah nak jadikan kita matang dan kuat melalui cabaran-cabaran yang diberikan
  • ini adalah peluang kita utk muhasabah diri, mengenal kekuatan diri & ketabahan hati kita.
  • banyak-banyak berzikir munajat (subhanallah, alhamdulillah, lailahailalallah, allahuakbar) dan istighfar.
  • cari seseorang yang positif untuk bercerita perasaan anda.
  • kekalkan persekitaran yang positif kerana takut nanti jika terjebak dengan orang yang tidak positif, kita yang ingin bersangka baik jadi bersangka buruk, dendam kesumat pulak.
  • pegang prinsip, kita perlu hormati orang tua kerana mereka banyak pahala dari kita, dan kita perlu hormati orang muda kerana orang muda kurang dosa berbanding kita..yang sebaya..???huhh
  • ramai orang tidak puas hati dengan kita sebenarnya kerana dia nak jadi macam kita..oleh itu, beri mereka peluang menyertai kita dalam apa jua perkara positif yang kita lakukan. percayalah, hakikatnya semua orang sukakan kebaikan.
Semoga lebih tabah dalam menghadapi apa jua cabaran mendatang..!!ready & go..!!

Thursday, February 2, 2012

PROSPEK..{@@}..

Prospek Client & Prospek Agent..

Soalan glemer klu kite approach org utk join kite dlm biz nih.."camner sy nak cari client kak..?sy da la tk ramai kawan & pemalu.."

Jawapan nya mudah sahaja :

Saya pun tk ramai kenalan & susah nk mesra dgn org..tapi camner dalam mase 2 tahun sy ada hampir 200 org client..??agent..??20 jek baru..

Hahhh..sy pun kena muhasabah diri jugak nihh..!!camner nk buat ek..??kite share skit nasihat berguna & kata hikmat dr mentor sy cara camner kite nk dptkan GOOD PROSPECT..!!

  1. Amalkan solat witir walaupun 1 rakaat setiap malam
  2. Solat dhuha 4 rakaat setiap pagi
  3. Doa yg berterusan
  4. Positif bila berjumpa dgn orang..jgn anggap org yg kite jumpa tu terus nk join kite..
  5. Tawakkal & yakinlah hanya Allah akan memberi yg terbaik utk kite disamping usaha yg berterusan.
  6. Tolonglah hargai & jalinkan hubungan yg baik dgn downline anda..mentor sy pernah ckp.."lagi tinggi & jauh kite bertapak..lagi rendah kite harus letak kan diri kite terhadap prospek client & prospek agent kite..tanpa mereka siapalah kite.."
Dahh..jom solat dhuha dulu :-)

KeHEbaTaN LuAR BiAsA SeORAnG AKU..!!

KEHEBATAN dan JATI DIRI KITA adalah bukan ketika kita dikelilingi pengikut yg ramai.,bukan ketika kita dipuja & disanjung2, juga bukan ketika kita mempunyai wang yg banyak dan berkereta "mewah" serta memiliki isteri2 jelita @ suami2 hensem di keliling pinggang.

KEHEBATAN sebenar kita adalah :

Ketika pengikut kita satu persatu lari dr kita,
Ketika org2 yg menggelarkan kita "sifu" or "BFF", satu persatu lari dari kita,
Ketika mereka sudah tidak mahu menjawab panggilan telefon kita,
Ketika duit kita da tak ada,
Ketika hutang kad kredit kita menimbun2,
Ketika kereta "mewah" kita satu persatu "kena tarik",
Ketika mata orang beralih pandangan ke arah lain apabila nampak kita,
Ketika segala tindakan kita salah dimata orang lain,

Pada waktu tu..adakah kita masih boleh bangkit dengan menjerit "AKU INSAN LUAR BIASA..!!"..
"AKU INSAN LUAR BIASA..!!"..."AKU INSAN LUAR BIASA..!!"

Pada waktu tu..adakah kita masih boleh bangkit dan meneruskan perjuangan sambil berkata "NEVER GIVE UP..!!".."NEVER GIVE UP..!!".."NEVER GIVE UP..!!"..

Pada waktu tu..adakah kita masih boleh control ayu or control hensem macam dulu2 sambil berteriak dgn suara yg lantang..."AKU INSAN HEBAT..!!"..."AKU INSAN HEBAT..!!"..."AKU INSAN HEBAT..!!"

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Pada waktu tu.."aku"..mungkin hanya mampu bersedih..bertanya..mengapa & mengapa..??Perlukah kita meletakkan kesalahan itu di bahu org lain..haruskah kita terus mencari & menyalahkan orang lain..??

Di dalam perjuangan utk terus berjaya.,semua itu adalah asam garam dan batu bata yg disusun utk mengukuhkan suatu stuktur binaan..Hakikatnya itu lah KEJAYAAN sebenar kita..kita tidak mungkin belajar dr pengalaman..

Pada waktu tu.,sekiranya kita mampu bangkit kembali dan menjerit "ONE MORE TIME..!!".."ONE MORE TIME..!!".."ONE MORE TIME..!!"..

TAHNIAH...!!! itulah kehebatan luar biasa kita..KITA PASTI BERTEMU DI PUNCAK KEJAYAAN..