Thursday, May 10, 2012

Felda : Durian Runtuh ke..?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pemberian durian runtuh berjumlah RM15,000 kepada setiap peneroka Felda seluruh negara. Dalam pengumuman tersebut ada  peneroka secara spontan menadah tangan berdoa dan menitiskan air mata sejurus Perdana Menteri mengumumkan bayaran masing-masing RM5,000 kepada ketua keluarga, isteri dan generasi kedua mereka.

Wowwww..bagi sesetengah warga Felda, nilai RM15,000 itu kelihatan cukup besar. Namun, benarkah tiada agenda disebalik semua ini..?

Sepengetahuan saya, 
  • para peneroka dan pekerja Felda diwajibkan membuat pinjaman dengan beberapa bank terpilih untuk membeli saham FGVH.
  • margin pinjaman adalah 100%.
  • tempoh pinjaman adalah untuk enam bulan sahaja (para peneroka dan pekerja terpaksa membayar balik keseluruhan pinjaman dengan simpanan sendiri semasa menerima borang merah jambu/biru ataupun menggunakan hasil jualan saham FGVH di pasaran terbuka nanti untuk membiayai pembayaran balik pinjaman sebelum atau pada tamat tempoh enam bulan).
  • Tiada “stamping fee”.Namun, para peneroka dan pekerja Felda masih perlu membayar kepada bank fi dan caj sebanyak RM200 apabila pinjaman dengan rasminya dikeluarkan atau RM100 sebagai rebat jika pinjaman dilunaskan awal semasa borang merah jambu (bagi pekerja) atau biru (bagi peneroka) diterima.
  • Kadar faedah 'daily rest' pada paras 5 peratus setahun (banyak tuhh).
Justeru itu, siapakah yang untung sebenarnya..??
  • No.1 yang pasti untung tentunya  institusi perbankan (bank-bank) yang akan memberikan pinjaman berfaedah kepada warga Felda itu sendiri.
  • Pada awalnya, harga TAA ditetapkan pada RM5.85 se saham. Di dalam prospektus yang dipaparkan dalam sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, harga TAA diturunkan kepada RM4.65 se saham, iaitu, penurunan sebanyak RM1.20 se saham atau diskaun sebanyak 20.5%.  Ini bermakna, sebelum diapongkan, Felda BB telah rugi RM1.45 bilion. Penurunan harga ini bakal menguntungkan pelabur-pelabur dalam negera dan asing yang membeli saham FGVHB ini pada harga lebih murah, iaitu, diskaun 20.5%.  Bila saham FGVHB mula dijual beli di pasaran nanti, akan ada pelabur-pelabur kaya tunai yang akan mengutip setiap unit saham yang dijual oleh pelabur runcit dan juga pelabur institusi sehingga mereka berjaya menguasai 30% daripada jumlah saham. Ketika itu, mereka akan berkuasa ke atas FGVHB dan kepentingan peneroka akan mengambil tempat duduk belakang.
  • Bila saham FGVHB yang aset utamanya tanah diapongkan, harta peneroka – tanah ladang dan kilang-kilang pemprosesan sawit – akan bertukar tangan secepat putaran jual beli saham di pasaran saham. Tiada siapa boleh menjamin harta bernilai peneroka ini tidak akan terlepas kepada pelabur asing yang rakus dan tamak. Peluang untuk memiliki tanah tidak ternilai ini dan menguasai minyak sawit, komoditi makanan yang amat penting di dunia hari ini, yang selama ini mereka intai, sudah sedia untuk digenggam.
Saya selaku generasi ke-2 Felda juga, ligat berfikir bagaimanakah caranya untuk saya memperolehi keuntungan maksimum dengan keterbatasan kewangan yang ada sekarang bagi memiliki saham Felda.

Wallahualam..


Wednesday, May 9, 2012

Membaca Jambatan Ilmu


Sesiapa yang berminat untuk membeli buku-buka agama dipersilakan mengunjungi web suami saya.Semoga kita menjadi muslim yang berilmu dan sentiasa memperbaiki diri.Insyaallah..

Saturday, May 5, 2012

Kursus Perancangan Kewangan Islam

Kali ini, pihak penganjur telah memanjangkan pengisian bengkel kepada kursus SEHARI dengan DUA pembentang. Buat semua ibubapa, suami, isteri, anak, majikan, pekerja & semua MUSLIM/AH, WAJIB untuk pelajari bab ini. Kursus yang bakal merungkai persoalan pelaburan halal & haram melalui medium pelbagai, pelaburan emas, kelebihan kiraan keuntungan spiritual dan material perbankan Islam berbanding konvensional. Bentuk pelaburan halal terkini. Elemen haram dalam transksi niaga. Sijil disediakan. Daftar segera..! Maklumat lanjut seperti dalam poster.
Saya dengan besar hati mempelawa & sangat menggalakkan untuk sahabat-sahabat untuk menyempatkan diri menghadiri kursus ini.Insyaallah..