Thursday, May 10, 2012

Felda : Durian Runtuh ke..?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pemberian durian runtuh berjumlah RM15,000 kepada setiap peneroka Felda seluruh negara. Dalam pengumuman tersebut ada  peneroka secara spontan menadah tangan berdoa dan menitiskan air mata sejurus Perdana Menteri mengumumkan bayaran masing-masing RM5,000 kepada ketua keluarga, isteri dan generasi kedua mereka.

Wowwww..bagi sesetengah warga Felda, nilai RM15,000 itu kelihatan cukup besar. Namun, benarkah tiada agenda disebalik semua ini..?

Sepengetahuan saya, 
  • para peneroka dan pekerja Felda diwajibkan membuat pinjaman dengan beberapa bank terpilih untuk membeli saham FGVH.
  • margin pinjaman adalah 100%.
  • tempoh pinjaman adalah untuk enam bulan sahaja (para peneroka dan pekerja terpaksa membayar balik keseluruhan pinjaman dengan simpanan sendiri semasa menerima borang merah jambu/biru ataupun menggunakan hasil jualan saham FGVH di pasaran terbuka nanti untuk membiayai pembayaran balik pinjaman sebelum atau pada tamat tempoh enam bulan).
  • Tiada “stamping fee”.Namun, para peneroka dan pekerja Felda masih perlu membayar kepada bank fi dan caj sebanyak RM200 apabila pinjaman dengan rasminya dikeluarkan atau RM100 sebagai rebat jika pinjaman dilunaskan awal semasa borang merah jambu (bagi pekerja) atau biru (bagi peneroka) diterima.
  • Kadar faedah 'daily rest' pada paras 5 peratus setahun (banyak tuhh).
Justeru itu, siapakah yang untung sebenarnya..??
  • No.1 yang pasti untung tentunya  institusi perbankan (bank-bank) yang akan memberikan pinjaman berfaedah kepada warga Felda itu sendiri.
  • Pada awalnya, harga TAA ditetapkan pada RM5.85 se saham. Di dalam prospektus yang dipaparkan dalam sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, harga TAA diturunkan kepada RM4.65 se saham, iaitu, penurunan sebanyak RM1.20 se saham atau diskaun sebanyak 20.5%.  Ini bermakna, sebelum diapongkan, Felda BB telah rugi RM1.45 bilion. Penurunan harga ini bakal menguntungkan pelabur-pelabur dalam negera dan asing yang membeli saham FGVHB ini pada harga lebih murah, iaitu, diskaun 20.5%.  Bila saham FGVHB mula dijual beli di pasaran nanti, akan ada pelabur-pelabur kaya tunai yang akan mengutip setiap unit saham yang dijual oleh pelabur runcit dan juga pelabur institusi sehingga mereka berjaya menguasai 30% daripada jumlah saham. Ketika itu, mereka akan berkuasa ke atas FGVHB dan kepentingan peneroka akan mengambil tempat duduk belakang.
  • Bila saham FGVHB yang aset utamanya tanah diapongkan, harta peneroka – tanah ladang dan kilang-kilang pemprosesan sawit – akan bertukar tangan secepat putaran jual beli saham di pasaran saham. Tiada siapa boleh menjamin harta bernilai peneroka ini tidak akan terlepas kepada pelabur asing yang rakus dan tamak. Peluang untuk memiliki tanah tidak ternilai ini dan menguasai minyak sawit, komoditi makanan yang amat penting di dunia hari ini, yang selama ini mereka intai, sudah sedia untuk digenggam.
Saya selaku generasi ke-2 Felda juga, ligat berfikir bagaimanakah caranya untuk saya memperolehi keuntungan maksimum dengan keterbatasan kewangan yang ada sekarang bagi memiliki saham Felda.

Wallahualam..


Wednesday, May 9, 2012

Membaca Jambatan Ilmu


Sesiapa yang berminat untuk membeli buku-buka agama dipersilakan mengunjungi web suami saya.Semoga kita menjadi muslim yang berilmu dan sentiasa memperbaiki diri.Insyaallah..

Saturday, May 5, 2012

Kursus Perancangan Kewangan Islam

Kali ini, pihak penganjur telah memanjangkan pengisian bengkel kepada kursus SEHARI dengan DUA pembentang. Buat semua ibubapa, suami, isteri, anak, majikan, pekerja & semua MUSLIM/AH, WAJIB untuk pelajari bab ini. Kursus yang bakal merungkai persoalan pelaburan halal & haram melalui medium pelbagai, pelaburan emas, kelebihan kiraan keuntungan spiritual dan material perbankan Islam berbanding konvensional. Bentuk pelaburan halal terkini. Elemen haram dalam transksi niaga. Sijil disediakan. Daftar segera..! Maklumat lanjut seperti dalam poster.
Saya dengan besar hati mempelawa & sangat menggalakkan untuk sahabat-sahabat untuk menyempatkan diri menghadiri kursus ini.Insyaallah..

Tuesday, April 17, 2012

Kisah Sahabat Abu Dahdah


Sewaktu saya menghadiri Bengkel Kewangan bersama UZAR..kisah Abu Dahdah ini menjadi tirai pembukaan bengkel tersebut.Sungguh beremosi UZAR menyampaikan kisah Abu Dahdah sehingga emosi itu sampai kepada saya sebagai participant.  

Allah SWT berfirman dalam Al Qur’an:
مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللّهَ قَرْضاً حَسَناً فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافاً كَثِيرَةً وَاللّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
“Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.” (QS Al Baqarah: 245).

Saya juga masih ingat UZAR ada berkata "Ramai orang berkata, jika Rasulullah masih ada, kemungkaran tidak akan ada dimuka bumi, hakikatnya mereka silap, kerana dizaman Rasulallah SAW lagi sudah ramai manusia yang ingkar, alangkah ruginya mereka..".

Seorang pemuda yatim piatu datang menemui Rasulullah dan menceritakan bahawa dia mahu membina tembok disekeliling rumahnya bagi menjamin keselamatan mereka sekeluarga setelah ayahnya meninggal dunia, tetapi malangnya ada sebatang pohon kurma milik jirannya menghalang tembok itu.Justeru dia telah meminta jirannya memberikan pohon itu, namun jirannya tidak bersetuju.Pemuda itu juga telah meminta untuk menebang separuh pohon itu, dan jirannya tetap tidak setuju.Kemudian pemuda itu menawarkan untuk membeli pohon kurma tersebut.Jirannya tetap bertegas tidak mahu.

Justeru Rasulullah SAW telah memanggil jirannya itu.Rasulullah telah menawarkan kepada jiran itu sepohon kurma di syurga yang mana besarnya "100 tahun perjalanan", namun malangnya, si jiran itu tetap tidak bersetuju.

Seorang sahabat Rasulullah SAW iaitu Abu Dahdah mendengar tawaran yang diberikan itu lantas berkata "Wahai Rasulullah, adakah tawaran itu terbuka untuk sesiapa sahaja..?" Rasulullah menjawab "Ya, sekiranya kamu boleh menyelesaikan masalah pemuda ini".

Lantas Abu Dahdah menawarkan untuk menukar sepohon kurma itu dengan kebun kurmanya yang sangat terkenal di Madinah.Lantas jiran itu pun bersetuju.Abu Dahdah bertanya kepada Rasulullah "Adakah aku akan mendapat sepohon kurma di syurga nanti wahai Rasulullah..?""Tidak..!!Kamu tidak akan mendapat sepohon kurma di syurga, tetapi kamu akan mendapat sekebun kurma di syurga Allah nanti".

Abu Dahdah kembali ke rumahnya lantas memberitahu isterinya “Wahai Ummu Dahdah, aku telah infakkan hartaku, aku telah membelinya dengan pohon kurma di Syurga.” Isterinya menjawab, “Alangkah beruntungnya jual beli (perniagaan) itu."

Meremang bulu roma saya mendengar cerita dari UZAR tersebut.Terfikir dibenak saya "Mampukah aku melakukan perkara yang sama..?"

Ya Allah..,berilah aku kekuatan untuk menjadi hambaMu yang sentiasa berjuang untuk mendapat redha Mu ya Allah..

Wallahualam..



Friday, April 13, 2012

Bengkel Perancangan Kewangan Keluarga Secara Islam (Bah 1)


Pada 07 April 2012 saya telah mengambil peluang untuk menyertai Bengkel Perancangan Kewangan Keluarga Secara Islam di Masjid Wilayah Persekutuan oleh Dr Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman atau lebih popularnya dikenali sebagai UZAR..

Kenapa saya menyertainya..? :-
  1. Atas jemputan/ajakan sahabat serta mentor saya iaitu Puan Che Norma binti Ishak (GAM hebat dari Kuantan).
  2. Kehebatan UZAR sebagai seorang pakar dalam bidang Syariah & Kewangan Islam.
  3. Ilmu yang akan diperolehi serta dapat dimanfaatkan dan dikongsikan bersama sahabat yang lain.
Tepat sangkaan saya, pengisian yang sangat menarik.5 jam berlalu tanpa sedar.Untuk pertama kalinya saya mendengar kisah sahabat dizaman Rasullalah SAW iaitu Abu Dahdah.Kisah ini rupa-rupanya akan menjawab segala persoalan berkaitan dengan kehidupan kita sekarang.Kenapa..??Nanti akan saya kongsikan ye..

Friday, March 30, 2012

Refinance Pinjaman Rumah


Refinance adalah sesuatu yang biasa kita dengar..Maksudnya adalah "kita buat pinjaman baru untuk rumah yang sedia ada"..perlukah refinance..??Jawapan nya berbeza pada setiap individu..namun ada beberapa kebaikan yang perlu kita consider untuk refinance pinjaman rumah ini..antaranya adalah :

  • Jimat beribu-ribu ringgit

Apabila kita dapat pinjaman baru yang faedah nya lebih rendah untuk refinance rumah, kita boleh berjimat sehingga 50% daripada pembayaran pinjaman perumahan..!

  • Dapat cash out

Kita layak untuk mendapat lebihan tunai sekiranya nilai rumah kita melebihi baki pinjaman yang tinggal.

  • Mengurangkan risiko faedah yang turun naik

Kita boleh tukar daripada pinjaman konvensional flexible interest (yang interestnya turun naik) kepada fixed interest rate atau pinjaman perumahan islamik. Sekiranya interest semasa lebih rendah, maka kita boleh guna cara ini untuk menikmati kadar faedah yang lebih rendah untuk seluruh tempoh pinjaman.

  • Mengurangkan tempoh pinjaman

Penjimatan daripada refinance (dengan kadar interest yang lebih rendah), boleh digunakan untuk mengurangkan tempoh pinjaman sekiranya kita tidak mengurangkan ansuran bulanan.

  • Menyatukan semua pinjaman (consolidation)

Kita boleh menggunakan wang tunai daripada cash out untuk settle pinjaman lain seperti pinjaman kereta, personal loan, hutang kad kredit dan sebagainya..so, kita hanya perlu bayar pinjaman perumahan sahaja setiap bulan.

Blog yang sangat bagus bagi sesiapa yang meminati property investment..

Thursday, March 22, 2012

UJUB

Suatu malam sebelum tidur hubby berkongsi ilmu yg dipelajari nya sewaktu kuliah Maghrib di surau berdekatan rumah.

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”. (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Dan untuk pertama kalinya waktu itu saya mendengar perkataan UJUB..

Apakah UJUB..??

Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri..Merasa diri HEBAT..Bangga diri.,dan Terpesona dengan kehebatan diri.


Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.

  • Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
  • Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
  • Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
  • Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
  • Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Lepas saya search di pak cik Google..sungguh banyak rupanya hadis2 serta firman Allah yang berkaitan dengan sifat Ujub ini..

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tengelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.” (HR Bukhari dan Muslim)

Imam Nawawi rahimahullah berkata,”ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya". (Syarh Arba’in)

Komen saya.,sebagai manusia biasa..perasaan yang tersenarai di atas sangat mudah hinggap di hati kita..tanpa kita sedari kadang-kadang tatkala orang memuji kita "cantiklah mata awak.,suka saya tengok".."hebat sungguh perkongsian & ilmu saudara".."andalah pendakwah yang saya kagumi"..mungkin pujian hamba Allah itu ikhlas..tapi apakah perasaan yang bermain di hati kita kala itu..??timbul tak perasaan ujub tu ye..??pernah tak terfikir "uisshhh..hebat aku ni..terkesima orang lain dibuatnya..len kali aku kena lebih hebat supaya orang akan komen segala puji-pujian lagi.."..huhhh..!!

Ya Allah..kalau dikaji & diingat-ingat semula..banyak sungguh pujian orang yang akan menjerumuskan kita ke neraka..oleh kerana itu jugalah ada yang mengatakan "Pujian itu membunuh"..dalam Islam sendiri pun sesungguhnya segala puji-pujian itu hanyalah untuk Allah SWT..

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri..