Tuesday, April 17, 2012

Kisah Sahabat Abu Dahdah


Sewaktu saya menghadiri Bengkel Kewangan bersama UZAR..kisah Abu Dahdah ini menjadi tirai pembukaan bengkel tersebut.Sungguh beremosi UZAR menyampaikan kisah Abu Dahdah sehingga emosi itu sampai kepada saya sebagai participant.  

Allah SWT berfirman dalam Al Qur’an:
مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللّهَ قَرْضاً حَسَناً فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافاً كَثِيرَةً وَاللّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
“Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.” (QS Al Baqarah: 245).

Saya juga masih ingat UZAR ada berkata "Ramai orang berkata, jika Rasulullah masih ada, kemungkaran tidak akan ada dimuka bumi, hakikatnya mereka silap, kerana dizaman Rasulallah SAW lagi sudah ramai manusia yang ingkar, alangkah ruginya mereka..".

Seorang pemuda yatim piatu datang menemui Rasulullah dan menceritakan bahawa dia mahu membina tembok disekeliling rumahnya bagi menjamin keselamatan mereka sekeluarga setelah ayahnya meninggal dunia, tetapi malangnya ada sebatang pohon kurma milik jirannya menghalang tembok itu.Justeru dia telah meminta jirannya memberikan pohon itu, namun jirannya tidak bersetuju.Pemuda itu juga telah meminta untuk menebang separuh pohon itu, dan jirannya tetap tidak setuju.Kemudian pemuda itu menawarkan untuk membeli pohon kurma tersebut.Jirannya tetap bertegas tidak mahu.

Justeru Rasulullah SAW telah memanggil jirannya itu.Rasulullah telah menawarkan kepada jiran itu sepohon kurma di syurga yang mana besarnya "100 tahun perjalanan", namun malangnya, si jiran itu tetap tidak bersetuju.

Seorang sahabat Rasulullah SAW iaitu Abu Dahdah mendengar tawaran yang diberikan itu lantas berkata "Wahai Rasulullah, adakah tawaran itu terbuka untuk sesiapa sahaja..?" Rasulullah menjawab "Ya, sekiranya kamu boleh menyelesaikan masalah pemuda ini".

Lantas Abu Dahdah menawarkan untuk menukar sepohon kurma itu dengan kebun kurmanya yang sangat terkenal di Madinah.Lantas jiran itu pun bersetuju.Abu Dahdah bertanya kepada Rasulullah "Adakah aku akan mendapat sepohon kurma di syurga nanti wahai Rasulullah..?""Tidak..!!Kamu tidak akan mendapat sepohon kurma di syurga, tetapi kamu akan mendapat sekebun kurma di syurga Allah nanti".

Abu Dahdah kembali ke rumahnya lantas memberitahu isterinya “Wahai Ummu Dahdah, aku telah infakkan hartaku, aku telah membelinya dengan pohon kurma di Syurga.” Isterinya menjawab, “Alangkah beruntungnya jual beli (perniagaan) itu."

Meremang bulu roma saya mendengar cerita dari UZAR tersebut.Terfikir dibenak saya "Mampukah aku melakukan perkara yang sama..?"

Ya Allah..,berilah aku kekuatan untuk menjadi hambaMu yang sentiasa berjuang untuk mendapat redha Mu ya Allah..

Wallahualam..



Friday, April 13, 2012

Bengkel Perancangan Kewangan Keluarga Secara Islam (Bah 1)


Pada 07 April 2012 saya telah mengambil peluang untuk menyertai Bengkel Perancangan Kewangan Keluarga Secara Islam di Masjid Wilayah Persekutuan oleh Dr Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman atau lebih popularnya dikenali sebagai UZAR..

Kenapa saya menyertainya..? :-
  1. Atas jemputan/ajakan sahabat serta mentor saya iaitu Puan Che Norma binti Ishak (GAM hebat dari Kuantan).
  2. Kehebatan UZAR sebagai seorang pakar dalam bidang Syariah & Kewangan Islam.
  3. Ilmu yang akan diperolehi serta dapat dimanfaatkan dan dikongsikan bersama sahabat yang lain.
Tepat sangkaan saya, pengisian yang sangat menarik.5 jam berlalu tanpa sedar.Untuk pertama kalinya saya mendengar kisah sahabat dizaman Rasullalah SAW iaitu Abu Dahdah.Kisah ini rupa-rupanya akan menjawab segala persoalan berkaitan dengan kehidupan kita sekarang.Kenapa..??Nanti akan saya kongsikan ye..