Hahhh..selalu dgr..tp practice tak..??"aku" kdg2 terlupa..ermmm..ada story disebalik nihh..
My Biz Partner (MBP) : Mr X tu dia da tk nk invest ngn kite tau..
Me : Hahh..iye ker..??nape..?
MBP : Dia kata.,kawan2 kaki motor sama2 ngn dia pun ade wat gak PM nih..so kawan dia suh dia invest ngn dia la..support kawan2 katanya..
Me : Ermmm..patut la i call byk kali tak mo jwb..da la form nk kena tukar baru nihh..
After 1 month.,via emel jek..
Re: Statement Update
Apa khabar Mr X..TAHNIAH sbb da jupe dgn UTC yg lbh baik dr sy..:-)..
(perli sebenonye nihh) Kindly refer to attached file..tot tet..tot tet..
Last skali sbb masih tak puas hati..siap guna color merah ko..!!
Di sini saya ingin mengingatkan semula 4 STRATEGI PELABURAN DI DALAM UNIT AMANAH :
- Jangkamasa (sekurang2 nya 3 hingga 5 tahun).
- Regular Investment - Pelaburan yang berterusan & konsisten - Pelaburan setiap bulan bagi CASH & setiap 3 bulan bagi pelaburan melalui KWSP.
- Pemerhatian dan Penilaian Semula oleh UTC.
- Mengambil Tindakan apabila mencapai sasaran (switching etc).
Semoga maklumat ini dapat memberi gambaran yang jelas mengenai kedudukan pelaburan tuan di dalam PMB.
Saya juga ingin mengucapkan TAHNIAH kerana telah bersama kami sejak 7 bln yang lepas dan kami berharap tuan akan terus bersama kami di PMB sehinggalah tempoh persaraan.
Ehh..tk smpi 10 min Mr X tu reply la pulak..Salam Cik Shila,
Maafkan saya..
Kita x bernasib baik ..bila cik shila call je sy tgh bz..xpa nti sy save number cik shila.
Actually sy lum commit apa2 dgn agent lain..agent lain tu kwn2 rapat sy gak..tulah susah gak nak jaga hati kwn2..diaorg bilang kwn pon xnak tolong..
Fyi sy ni jenis x keen sgt pasal benda2 ni..just ikut jer..untung ke rugi ke..x amik hal..byk lagi benda nak di fikirkan..
Tu sebab dulu investment dlm annuity tu sy biarkan jer..
So bagus gak cik shila wat laporan mcm ni..very straight forward..nak fahamkan statement tu ..malas lak.
So sy percaya cik shila..kena jujur tau..we continue..just tell me what to do next..
rgds
Mr X..
Kenapa bersangka baik ini perlu..??
- dapat menghindari dari sikap putus asa dengan rahmat Allah
- dapat menjaga hati kita dari mempunyai perasaan sakit hati dan dendam
- elakkan dari permusuhan sesama manusia
- jauhkan dari kejadian yang tidak diingini seperti mengungkit-ungkit
- menyedari hakikat manusia ini perlu ada niat baik
- semua manusia sukakan kebaikan secara fitrahnya
Persoalannya bagaimana untuk menjadi seorang yang sentiasa bersangka baik?
contohnya: ditimpa musibah dan ujian dari Allah, orang menyakiti hati kita seperti menghina kita, mengumpat tentang kita di belakang, mencuba menjatuhkan semangat dan reputasi kita,
menfitnah kita, mengganggu kehidupan & kebahgiaan rumahtangga kita,selalu tak puas hati dengan kita, suka marah-marah kita tanpa sebab yang logik akal, dan sebagainya.
Penyelesaianya kita perlu kuatkan hati dan bersangka baik.
- Allah tidak turunkan ujian kepada kita melainkan sesuai dengan kemampuan kita, believe it!- cuba selami perasaan orang lain yang lebih menderita dari kita.
- sentiasa memaafkan orang lain.
- anggap semua orang sayangkan kita.
- anggap Allah nak jadikan kita matang dan kuat melalui cabaran-cabaran yang diberikan
- ini adalah peluang kita utk muhasabah diri, mengenal kekuatan diri & ketabahan hati kita.
- banyak-banyak berzikir munajat (subhanallah, alhamdulillah, lailahailalallah, allahuakbar) dan istighfar.
- cari seseorang yang positif untuk bercerita perasaan anda.
- kekalkan persekitaran yang positif kerana takut nanti jika terjebak dengan orang yang tidak positif, kita yang ingin bersangka baik jadi bersangka buruk, dendam kesumat pulak.
- pegang prinsip, kita perlu hormati orang tua kerana mereka banyak pahala dari kita, dan kita perlu hormati orang muda kerana orang muda kurang dosa berbanding kita..yang sebaya..???huhh
- ramai orang tidak puas hati dengan kita sebenarnya kerana dia nak jadi macam kita..oleh itu, beri mereka peluang menyertai kita dalam apa jua perkara positif yang kita lakukan. percayalah, hakikatnya semua orang sukakan kebaikan.
ha..yg ni aku suka sbb leh practise nih...
ReplyDeleteamik je la..sume utk dimanfaatkan..
Delete