Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

Sekufu :-)

Definisi KUFU dari sudut bahasa bermaksud sama atau taraf.Dari sudut istilah pula kufu bermaksud satu aspek yg ketiadaannya akan mencacatkan kedua mempelai.Aspek kufu dalam mazhab Shafei ada 6 iaitu : Islam, merdeka, agama, keturunan, kerjaya, dan sejahtera dr sebarang kecatatan..

Apa plak la kena mengena Sekufu dgn UT ni..??bukan untuk org yg nak kawen je ker..??hahhhh..!!mmg ada kena mengena tau..

Contoh 1 :

Apabila kita mencari client..kita mesti perhatikan dulu siapa kita..?dlm ertikata lain, cara pergaulan kita, aktiviti harian kita, penampilan@personaliti kita, ibadah kita, dan semua yg membuatkan kita tertarik..jika kita mudah tertarik dgn aktiviti lasak, perhatikan..pastinya kebanyakkan client kita juga meminati aktiviti yg sama..begitu juga sekiranya kita minat berkaraoke, pastinya client kita juga akan sentiasa mengajak kita utk berkaraoke..apabila kita suka mendengar & bercerita mslh kpd org..kita juga akan diizinkan utk bertemu client yg suka berkongsi cerita dgn kita..TAPI kalau kita bkn kaki karaoke..mustahil kita akan terjumpa client yg kaki karaoke kan..??atau mungkin kita dipertemukan, namun client akan malu2 kucing untuk ajak kite berkaraoke..:-)

Contoh 2 :

Apabila kita ingin mengembangkan biz UT ini dengan merekrut agent2 baru/downline..kita juga harus perbetulkan niat & diri sendiri..barulah kita akan bertemu dgn agent2 yg mempunyai haluan & target yg serupa dgn kita..sekiranya tujuan kita buat UT ni untuk kaya & hal2 dunia semata2..maka kita akan diizinkan Allah utk bertemu mereka2 yg sehaluan & sependapat dgn kita..namun sekiranya kita telah bertemu & ada biz partner yg tidak sehaluan, tidak salah sekiranya kita berusaha & membimbing mereka untuk sama2 berhaluan dgn kita..haluan kita hanya kita yg tentukan..kalau niat kita utk mencari redha Allah..insyaAllah, Allah akan membantu & mengizinkan kita utk bertemu bakal2 biz partner yg sekufu dgn kita..

Justeru itu, kita tidak seharusnya mengongkong atau menyekat biz partner kita utk menentukan haluannya sendiri..jika ada di antara biz partner/downline kita yg berbeza pendapat, kita haruslah berlapang dada dgn keputusan mereka..mcm yg Prof Dr Muhaya selalu kongsikan bersama : "kehidupan kita ni mcm sungai..terbahagi 2..bahagian bawah air yg penuh dgn keladak..manakala bahagian atas air yg sgt jernih..jika dulu kita ikan yg sama2 berada di dlm air yg berkeladak..kemudian suatu hari, kita telah berubah menjadi ikan di air jernih, maka..secara tidak langsung rakan2 ikan yg lain tentunya dr jenis ikan yg hidup di air jernih.."

Kesimpulannya di sini, jika kita biasa sarapan nasi lemak or roti canai..tetiba hari2 kena mengadap bun & butter..fuhhh..mau kembang tekak dibuatnya..so sy attach kan gambar mkn bun & butter ari2 kt New Zealand - PMB Challenge Trip 2011..:-)


Walaubagaimanapun, kita haruslah melihat dr sudut yg sangat positif berkenaan hal2 SEKUFU..kerana ianya bkn sahaja penentu kejayaan kita, malah menyumbang kpd pencen kubur..wallahualam..



Tuesday, February 28, 2012

Bijak Memilih @ Handle Objection


Salah seorang UTC saya bertanya "Apa kita nak jwb kalau org tanye..'apsal ko wat UT company Ca Ya Nun Alif..??mcm dah tk de yg lain..malas aku nak invest ngan ko'..sedih tau kak..belum apa2 da kena shoot.."

Hahhh..!!kesian agent akk kan..agent code pun belum dapat..hehe..

Untuk menjadi seorang UTC yg SRH..sincere, respect, helpful ..!! kita mestilah bijak mengawal keadaan & menjawab persoalan2 daripada prospeks..so..apa yg paling penting disini adalah :

1- NIAT..!!

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim

Sebagai seorang yg baru memulakan langkah serta menceburi bidang yg ini..tolong betulkan NIAT..tidak dinafikan INCOME sebagai UTC sgt memotivasikan kita utk menceburi bidang ini..namun..segala niat yg dipasakkan kerana Allah lebib berkat & membuahkan hasil utk dunia & akhirat..jgn lupa kan pencen kubur setiap kali kita melakukan sesuatu..fikirlah bahawa kita sedang berjihad ke jalan Allah melalui saluran Perancangan Kewangan Islam..Allah akan bantu kita klu niat kita semata-mata kerana Allah..kita juga semakin yakin dgn apa yg kita lakukan walaupun kadang kala kita kurang berjaya..

Jadi ini adalah nasihat pertama saya kepada my new biz partner..betulkan NIAT & setting mind bahawa kita sedang berjihad ke jalan Allah..

2.IKHLAS..!!

Ikhlas tidak boleh dilihat, dipegang, namun boleh dirasai..apabila kita berjumpa dgn sesiapa sahaja..ikhlas kan hati & fikir "APA KITA BOLEH LAKUKAN UNTUK MEMBERI MANFAAT KEPADA MEREKA"..walaupun bukan dalam bentuk material, namun perkongsian ilmu juga boleh memberi manfaat..kongsikan kemahiran & ilmu kita tentang UT..samada kita close atau tidak itu akan menjadi perkara ke-2 sekiranya hati kita sudah dibajai dengan keikhlasan..

3.HORMAT..!!

Amalkan sikap hormat menghormati..bak kata Prof Dr Muhaya "salah satu prinsip yg perlu kita pegang untuk hidup tenang ialah : HORMATI SEMUA MAKHLUK ALLAH.."..so, kita perlu tanamkan sikap saling menyayangi & menghormati tidak kira pangkat atau darjat..kalau kita hormat orang, orang juga akan hormati kita..perbaiki tutur kata, buang sifat suka mengata, hindari golongan yg banyak sangat berkata-kata terutama kata-kata yg tidak memberi manfaat..Jauhi sikap yg suka memandang rendah kepada orang lain..jgn kerana orang lain itu tidak bertudung kita terus mengatakan nya salah..kita perlu tukar cara kita berfikir "kasihan dia tidak bertudung kerana mungkin ceteknya ilmu yg dia miliki, namun kita yg kononnya berilmu tapi masih mempunyai dosa yg banyak.."tolong tgk tudung sendiri..baru kita tak nampak apa ada kat tudung orang lain..Prof Muhaya..

4.Membantu..!!

Dalam NLP (Neuro Linguistic Programming) Training bersama Pak Haikal, beliau ada bertanya kan soalan kepada peserta "Siapakah orang yg bertuah..??"..tidak ada seorang pun yg boleh menjawab dengan tepat..& jawapan nya adalah "Orang yg bertuah adalah orang yg pagi2 ada orang datang & minta tolong drpd nya.."..so..utk menjadi org yg sentiasa bertuah..banyak2 lah membantu org lain..dlm UT kita dengan mudah dapat peluang utk membantu org hari2..focuskan perjalanan kita hari2 bertemu prospek client adalah perjalanan yg membawa tuah..

Huhhh..panjang berjela membebel barulah jawab soalan my UTC tadi..camner nk handle bile org ckp camtu..senang jek..

ANDA : ooo..itu pendapat peribadi encik ker..??bole saya tau encik guna kereta apa..?

CLIENT : Hyundai jek..

ANDA : ooo..ingatkan guna Proton jek..sbb setahu saya Hyundai ni bukan org Melayu punya kan..?? 1 lagi, biasanya kalau berbelanja barang2 dapur encik prefer pegi TESCO, GIANT, or kedai Pak Abu sebelah rumah ye..??

CLIENT : TESCO, GIANT la murah..

ANDA : tapi tempat2 tu Melayu punya ker..??sekarang ni camni la..kite sanggup berbelanja ke Tesco or Giant kerana kita nak kan harga yg lbh murah..so, kita terlalu berkira in term of value of money..so, salah ker kita growth our money utk dpt kan performance yg lbh baik w/pun bukan dgn company Melayu..namun masih Syariah Compliant..kita melabur & memilih kerana bangsa ke agama..??

Jawab lah dgn bahasa yg sgt lembut & cara yg sgt profesional, elakkan perbalahan sewaktu sesi soal jawab ye..Semoga dapat dijadikan manfaat..


Sunday, February 26, 2012

Client Baru & Syukur..------@@@

Setiap kali hati berbunga, ucapan syukur sgt ringan & mudah dilafazkan dimulut.,ini lah manusia..termasuklah AKU..terkadang sewaktu perasaan kecewa, sedih, hampa, & marah melanda..kenapa SYUKUR itu seolah2 terlalu berat..??dalam keadaan begitu, terkenang jua utk berSyukur..namun bisikan iblis lg kuat menggoda sehingga kesedihan menjadi melampau2..seolah2 kegembiraan itu tidak pernah dikecapi..ya Allah..zalim nya aku terhadap diri ku sendiri.

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمين
“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

Ironinya : syukur hanya utk kegembiraan sahaja, dan kesedihan tidak perlu di syukuri..???BERUBAH lah untuk mengubah..mulakan dari sifat SYUKUR ini..

Ok..let start to sharing..

Hari ni, kepenatan sgt sebab berjemur tgk anak bersukan..blk rumah sempat basuh kaki & muka shj then tertido..sgt lama sehingga hampir masuk waktu asar..tetiba jam 6 ptg, ada client (nurse) dr private hospital call, dia bg tau doktor kt tempat keje dia suh dtg skrg coz nk invest EPF..seperti biasa "memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi"..sebagai UTC yg agak lama & berpengalaman, meyakinkan prospek yg sudah mempunyai minat adalah perkara yg sgt mudah..so ari ni closed deal dgn seorang doktor muda utk EPF investment plus CASH investment rm10k..

Bagaimana dengan mudah boleh closing EPF & CASH serentak..??

Oleh kerana prospek adalah referral @ diperkenalkan oleh client, maka peluang utk kita close adalah 80%..the rest of 20% adalah BAGAIMANA & SIAPA anda..??

Lakukan fact finding yg SEMPURNA & BERTUJUAN..ramai dikalangan UTC kurang mahir melakukan fact finding..kebanyakkan nya terlalu fokus kpd presentation semata2..takut presentation tak power lah..takut prospek tanya soalan macam2 & pelik2 laa..risau kalau prospek tak yakin pada kita la..tolong BUANG & UBAH perasaan/sikap begitu..perkara paling penting namun sering diabaikan oleh UTC ketika berjumpa client utk pertama kalinya adalah FACT FINDING..baki 20% utk kita close the deal adalah..BAGAIMANA kita membawa diri kita & SIAPA kita dimata prospek..??

Kita perlu membawa diri kita sebagai seorang FINANCIAL PLANNER bukan sekadar agent unit amanah..dan kita adalah seorang yg sangat MEYAKINKAN serta pakar dalam bidang UT ini..!!

Lakukan fact finding yg sempurna..contoh :
  1. Bagaimana dia tahu berkenaan UT..?? tujuan nya utk kita membuat penilaian sejauh mana knowledge dia berkenaan UT..so, mudah lah utk kita meneka antara soalan2 yg bakal ditanya & presentation mana yg bersesuaian..kalau dia dpt tahu dari kawan2 shj, maknanya kerja kita agak mudah kerana kita hanya perlu present fundamental atau basic sahaja..selebihnya kita hanya perlu handle objection or rumors dr kawan2..tapi sekiranya dia tahu dari pembacaan @ pernah ada pengalaman, kita perlu lebih detail & tunjukkan fakta2 berkenaan..ini sgt penting utk meyakinkan prospek & membuktikan bahawa kita seorang yg sgt meyakinkan..
  2. Kenapa & apa yg mendorong dia minat utk invest dalam UT..??bagi referral prospect, soalan ini amat penting kerana dari sini kita bole mengetahui tujuan & faktor yg mendorong dia utk invest..sekiranya tujuan & faktor pendorong itu tidak tepat, adalah tugas kita untuk membetulkannya supaya ianya mencapai sasaran..
  3. Apakah matlamat pelaburan serta serba sedikit latar belakangnya..??ramai yg mengatakan saya agak daring bila saya bertanya "berapa duit simpanan yg En/Puan ada sekarang dan dimana En/Puan simpan..?"..sebenarnya soalan ini sgt penting utk kita tanya kpd prospek client..tujuan nya adalah untuk memudahkan kita membantu client membuat perancangan & asset allocation..dari sini juga lah kita dpt tahu samada prospek kita itu bole invest cash atau tidak..tanyakan soalan ini dengan penuh keikhlasan utk membantu..prospek client kita akan merasai keikhlasan kpd soalan itu & akan menjawab dgn jujur..sekiranya kita teragak2 & mempunyai kepentingan peribadi dgn soalan tersebut, client tidak akan menjawab soalan itu..YAKIN lah..dengan keikhlasan yg kita pamerkan, maka, client akan memberikan 20% baki keyakinan nya kepada kita..
So..jgn teragak2 utk melakukan FACT FINDING..ini sangat PENTING..kegagalan atau kebocoran utk melakukan fact finding dgn sempurna akan menimbulkan kesukaran utk kita close deal & kemungkinan mslh dikemudian hari..contohnya : keyakinan client akan hilang sekiranya matlamat dia & apa yg kita cadangkan tidak selari..

Wallahulam..

Friday, February 17, 2012

Diversification -@@-

What is diversification..?

Definition

A portfolio strategy designed to reduce exposure to risk by combining a variety of investments, such as stocks, bonds, and real estate, which are unlikely to all move in the same direction. The goal of diversification is to reduce the risk in a portfolio. Volatility is limited by the fact that not all asset classes or industries or individual companies move up and down in value at the same time or at the same rate. Diversification reduces both the upside and downside potential and allows for more consistent performance under a wide range of economic conditions.

Reference

Apa yg cuba sy jelaskan di sini adalah konsep diversifikasi..kite selalu sebut "diversify"..tapi faham kah kite makna disebaliknya..??

Diversifikasi adalah 1 portfolio yg direka utk mengurangkan pendedahan kpd risiko dgn menggabungkan pelbagai pelaburan yg berbeza utk mencapai matlamat yg sama..contohnya : Pelaburan dlm UT, kite bole "diversify" pelaburan dgn melabur di dalam dana2 yg pelbagai seperti bond, equity, money market, dan balanced..matlamatnya hanyalah 1..meminimumkan RISIKO..

Dalam aspek yg lbh besar, contohnya pelaburan utk jangka panjang, kite ada pelbagai instrument pelaburan, antaranya : bon, hartanah, unit amanah, emas dan sebagainya..Matlamat kepelbagaian/diversifikasi ini hanyalah SATU iaitu Mengurangkan RISIKO dalam portfolio..ini kerana setiap pelaburan itu mempunyai kadar turun naik yg berbeza bergantung kpd strategi nya..

Oleh itu, sebagai penjual yg mempunyai cita2 besar utk berjaya, kite juga boleh mempelbagaikan/men"diversify"kan produk kite..Semoga yg baik boleh dijadikan panduan..

Wallahualam..

Thursday, February 16, 2012

Transformasi Sahsiah - Berani Berubah (2)



sambungan..Berani Berubah..

Berubah dari seorang yg pemalu & tidak peramah kpd seorang yg sangat peramah & berani menghadapi segala situasi
..antara kemusykilan yg sering sy dengar "segan la..sy tak pandai ckp..malu..tk ramai kawan.."..
  • kali pertama anak sulung sy melangkah kan kaki ke sekolah..selama 1 minggu dia menangis..tp sy paksa & tabahkan hati utk tinggalkan dia di sekolah tanpa mempedulikan rintihan nya..akhirnya setelah seminggu dia berhenti menangis & sentiasa ceria bila ke sekolah..agaknya kenapa ye..??perlukah sy berhenti menghantar dia ke sekolah pabila mendengar rayuan nya utk tidak ke sekolah..??apa akan jadi pd masa depan nya..??sebagai manusia biasa, kite tidak lari dr merasa tidak selesa kpd rutin harian yg baru..contohnya : kita malu bile berhadapan/berjumpa org yg kite tk kenal..kite sukar utk mesra dgn org yg sekali sekala kite jupe..NAMUN..tuntutan kerja sebagai UTC, kite perlu berhadapan dgn org..kite perlu approach client..kite perlu buang perasaan malu..apa yg kite malukan sebenarnya..??adakah kite melakukan maksiat..??bukankah kite mengajak org ke arah kebaikan..menyimpan & merancang kewangan secara Islam..!!
  • sebenarnya kite hanya kurang selesa dgn sedikit perubahan tersebut..teruskan berubah..buang semua perasaan takut & malu..kalau anak sulung sy terus takut & dibelenggu perasaan malu..mungkin dia tidak bersekolah hingga sekarang..tugas sy..bantu dia utk belajar bergaul & meningkatkan keyakinan diri..perlahan-lahan dia akan menjadi lebih terbuka..akhirnya sekarang..setelah 2 tahun di kindergarten..dia ke sekolah rendah dgn semangat & perubahan yg sgt ketara..dilantik menjadi seorang Ketua Kelas pd usia yg sgt muda berbanding rakan2 sekelas yg lain (dia baru 6 tahun darjah 1)..kite harus bantu diri kite utk keluar dr belenggu tersebut..kite skrg mungkin berada di "comfort zone"..tolong keluar utk menjadi seorang "KETUA KELAS" seperti anak sy..BERUBAHLAH..!!hanya kite yg akan menentukan dimana kite akan berakhir..ubah cara hidup kita..tingkatkan kualiti kehidupan utk mencari redha Allah..
Berubah ke arah yg lebih POSITIVE..antara yg sering menjadi rungutan.."susahnya nak cari org..sume org da tahu & da invest laa..slow la investment ni..tak de masa la nak cari org & mcm2 lagi"..
  • sikap & fikiran negative hanya akan menyekat kemaraan semangat yg sedang membara..kite selalu dgr org kata "bukan senang nak senang..bukan susah nak susah"..apa yg perlu kite lakukan mudah sahaja..buang perkataan "susah..tapi..kalau.." perkataan ini akan mendorong kite utk tidak redha terhadap apa yg terjadi..
  • Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka kenalilah kawan-kawannya".. oleh itu sekiranya kite memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan, pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian kite., pastinya kite turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup kite pula.. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka..

    Untuk berjaya kite perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya..belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka..belajar tentang cara mereka membentuk personaliti dikalangan masyarakat.,orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan..personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya..kalau mereka boleh, kite juga boleh melakukannya..namun begitu.,kite perlu menjadi diri kite sendiri..hindarilah sikap hipokrit yg hanya akan memusnahkan keyakinan org pada diri kite..

Berubah & tingkatkan kualiti supaya menjadi seorang mukmin sejati..untuk menjadi mukmin sejati..1- Ikutilah perintah al-Quran. 2- Teladani sunnah Rasulullah SAW. 3- Contohi perilaku para sahabat dan orang2 yang baik (alim ulama)..Tekad kan niat utk berjihad ke jalan Allah SWT..wallahualam..

Wednesday, February 15, 2012

Transformasi Sahsiah - Berani Berubah

Selaras dgn Firman Allah dlm Al Quran yg bermaksud :"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum, kecuali mereka sendiri yang mengubah apa-apa yang ada dalam diri mereka"..

Setiap manusia memerlukan perubahan, kerana perubahan pada diri manusia adalah sebuah keperluan yg penting..manusia mesti berubah kerana ia adalah suatu KEPERLUAN..!!Bayangkan dr usia 1 hari hingga ke saat ini..berapa byk perubahan telah berlaku pd kite..agak2 klu mase kite baru pandai berjalan kite terus berhenti berusaha utk berubah..adakah kite seperti KITA pada HARI INI..boleh berjalan, berlari & hidup sebagai manusia sempurna..??tentu TIDAK kan..

Kenapa sekarang kite harus berhenti utk berubah..??perlukah kite berhenti dr melakukan perubahan..??adakah kite sudah cukup selesa dgn keadaan kite skrg..??tamat kah perjalanan hidup kite setakat ini..??

Kita MESTI berubah..buangkan semua ALASAN, KETAKUTAN, PRASANGKA, KECELARUAN, & semua yg menghalang niat kite utk berubah..!!

BERUBAH lah kpd kehidupan & peribadi yg lebih berkualiti..(seolah2 terdengar org berkata "ckp mmg senang..tp nk mula camner..?)..Hari ni sy share skit ok..dr skop kerja sy dulu la ye..(mudah2an dpt memberi manfaat)..

  1. Berubah dari makan gaji kpd kerja sendiri.- Kenapa sy perlu berhenti kerja & pilih kerjaya sebagai UTC sepenuh masa..??ramai yg jupe sy dan berkata masalah utama mereka adalah "kerja camni income tk tetap laa..so camner nk wat fulltime sedangkan sy ada byk sgt commitment.." sejujurnya sy akui untuk terus berhenti bekerja & turn to fulltime UTC mmg akan menimbulkan mslh terutama bg meraka yg sarat dgn commitment terutama "HUTANG BANK"..so bagaimana kite perlu bermula..??
  • tolong mula kan sebagai part timer yg penuh disiplin & commitment ..contohnya : sebagai seorg part timer..mase yg ada sgt limited..so tolong manage mase sdri..cadangan sy..habis waktu kerja stop buat overtime & terus focus utk wat UT..target sehari mesti ada close deal..amount tk penting..disiplin diri tu yg pntg..sekiranya overtime PAKSA..tolong ganti hari tersebut dgn hari cuti yg lain..klu sehari kite bole close deal rm5k EPF sale..dlm sebulan @ 20hari kite boleh dpt rm100k dgn jumlah komisyen rm2k..fikirkan..!!overtime hari2 bole dpt tak byk ni..?? berhenti bagi ALASAN..
  • fokus & kerja keras..berhenti buat kerja lain..fokus & korbankan sedikit tenaga utk usaha yg berterusan..
  • tingkatkan ilmu & cara berfikir..untuk menceburi sesuatu yg baru, kite haruslah mempertingkatkan ilmu pengetahuan berkenaan produk tersebut..tolong hadiri training yg disediakan samada oleh pihak syarikat @ leader kumpulan..ubah cara kite berfikir & melihat..tidak bermakna ilmu & cara berfikir yg sebelum ini tidak bagus..tp tidak salah sekiranye kite memperbaiki & mengubah kpd yg lebih berkualiti..kite perlu mendalami & memahami produk yg kite pasarkan..jd kan diri kite sebagai Financial Planner..bkn sekadar agent UT..fikirkan jika kite tidak memperjuangkan sistem ekonomi Islam..siapa lagi..??kite MESTI bantu org lain utk merancang kewangan mereka berdasarkan perancangan kewangan Islam..secara tidak lansung kite telah melakukan jihad ekonomi..
  • goal setting..kite perlu ada vision & mission..lakarkan apa yg kite mahukan..rancang cara bagaimana kite harus laksanakan..disini kite perlu faham konsep Law of Attraction..Your thought become thing..!!Hukum Tarikan..kite mesti tahu bahawa apa yg kite fikirkan pastu akan kite capai..
  • membina hubungan baik dgn ahli kumpulan & leader..ini akan membantu kite merancang hala tuju & membantu dlm mengembangkan bisnes kite..kite juga dpt belajar byk perkara dr pengalaman rakan2 seperjuangan dlm pelbagai perkara..contohnya : cara utk approach client..handle objection..closing..& mcm2 lagi..
  • doa & tawakkal..ini adalah suatu keajaiban..merayulah kpd Allah SWT..sesungguh nya Dia mengetahui yg terbaik utk hamba2 Nya..Yakin lah bahawa rezeki adalah dr Allah SWT..kite perlu berusaha & merayu pada Nya.
    "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)." (Surah Ali 'Imran:3)
Kita harus menyahut cabaran utk BERANI BERUBAH...!!

Monday, February 13, 2012

Closure of Sales for Fund...

PISSF akan ditutup utk semua transaksi bermula 1 Mac 2012..kecuali Direct Debit & Regular Investment instruction..so..
  • EPF utk akaun baru (Initial Investment)
  • EPF utk existing client (yg main tulis no akaun jek nih)
  • CASH utk buka akaun baru
  • CASH utk tambah kat kaunter (existing client)
sume ni tak bole lg ye sehingga diberi tahu kemudian..maka nya..tolong tgk betol2 dana apa time isi akaun number ye..nati tak pasal2 jek form reject..Harap Maklum..

Thursday, February 9, 2012

Unit Amanah - Basic

Unit amanah tu ape eh..??unit trust la..ehh..unit trust tu camner..??hahhh..antara soalan2 yg perlu dijwb dgn TERANG & JELAS bile org yg tak biase dgr psl UT tnye kite.
  • Unit Amanah adalah skim pelaburan kolektif.(kumpul2 duit dr setiap pelabur then dilaburkan laa..).Duit yang dikumpul tu dilaburkan oleh pengurus dana dalam pelbagai jenis saham, bon, atau sekuriti lain dalam pelbagai perkadaran bergantung kepada objektif dana..(setiap syarikat unit amanah tu ade fund manager yg akan labur kan duit tu semua dlm pelbagai kaunter di BSKL)..
  • Pendapatan yang diperolehi melalui pelaburan dan peningkatan modal akan diberi kepada pelabur melalui agihan/dividen.Agihan diberi berpandukan bilangan unit yg dimiliki oleh setiap pelabur sewaktu agihan di isytiharkan.(so setiap pelabur memperolehi kadar agihan yg berbeza..bergantung kpd unit yg ada)..
  • Kebanyakan dana unit amanah di Malaysia adalah dana terbuka (kite bole jual unit kite bile2 mase & pelabur lain juga bole membeli sebanyak mana & bile2 mase sahaja unit yg dikehendaki)..ini menjadikan dana unit amanah adalah pelaburan yg sangat cair (mudah tunai).
  • Pelaburan awal boleh dibuat dengan hanya RM1, 000 dan bile ade duit lebih bole la beli unit tambahan atau melabur jumlah tetap mengikut jadual tetap secara bulanan (monthly) melalui akaun bank (wat standing instruction) sebanyak min RM100..so., unit amanah adalah pelaburan yang paling sesuai untuk orang biasa kerana ia menawarkan peluang untuk melabur dalam pelbagai portfolio dan diuruskan secara profesional oleh pengurus2 dana yg jgk profesional..
  • Keuntungan unit amanah ada 2 :
  1. Kenaikan Harga (bila kite jual pada harga tinggi atau bile bond matang).
  2. Pendapatan dari Agihan/Dividen yg diisytiharkan oleh syarikat pengurusan unit amanah.
Yang lain2 kite share nati ye..penat plak petang2 nihh..:-)

Saturday, February 4, 2012

SMS @ Service Client..??

Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433H..ni la contoh sms yg aku sent pada client :

" As salam..Sehalus jalinan tenunan, seindah karya dihasilkan.,Tiadanya persefahaman antara tenunan & penenun..maka pincanglah karya yg dihasilkan.,Ibarat persefahaman yg menjadi asas perpaduan Ummah, ajaran agung Nabi junjungan kita.,Rasulullah SAW.."SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1433H.." dgn ingatan tulus ikhlas..shila@pmb.. "

Hahhh..lps 15 min..tuttt..tuttt..tipon aku berbunyi..

Rupe2 nye client yg da lama aku tk jupe sbb dia selalu bz & time dia free aku plak bz..dia da invest since Jan 10..so mean da 2 tahun la kan..(aceli dia da tk contribute EPF sbb tu aku pun tk de la beriye2 sgt nk jupe dia.,dia da biz sendiri)..tapi SMS tetap aku hantar..so..tadi bile dia call & aku tgk kt system..dia da making profit average 26% dlm mase 2 tahun..ermmm..APPOINTMENT CONFIRM ari SELASA ni..& dia kata dia nak tambah CASH & buat monthly investment..!!

Inilah KERAMAT nya SMS walaupun info2 & ucapan2 biase..start practice from NOW ok..!!tapi..tolonglah kalau bole sms tu from the bottom of ur heart..jgn men forward2 jek..klu kite men forward2 jek..feel tu tk smpi..kecuali lah SMS info & fakta..

Thursday, February 2, 2012

PROSPEK..{@@}..

Prospek Client & Prospek Agent..

Soalan glemer klu kite approach org utk join kite dlm biz nih.."camner sy nak cari client kak..?sy da la tk ramai kawan & pemalu.."

Jawapan nya mudah sahaja :

Saya pun tk ramai kenalan & susah nk mesra dgn org..tapi camner dalam mase 2 tahun sy ada hampir 200 org client..??agent..??20 jek baru..

Hahhh..sy pun kena muhasabah diri jugak nihh..!!camner nk buat ek..??kite share skit nasihat berguna & kata hikmat dr mentor sy cara camner kite nk dptkan GOOD PROSPECT..!!

  1. Amalkan solat witir walaupun 1 rakaat setiap malam
  2. Solat dhuha 4 rakaat setiap pagi
  3. Doa yg berterusan
  4. Positif bila berjumpa dgn orang..jgn anggap org yg kite jumpa tu terus nk join kite..
  5. Tawakkal & yakinlah hanya Allah akan memberi yg terbaik utk kite disamping usaha yg berterusan.
  6. Tolonglah hargai & jalinkan hubungan yg baik dgn downline anda..mentor sy pernah ckp.."lagi tinggi & jauh kite bertapak..lagi rendah kite harus letak kan diri kite terhadap prospek client & prospek agent kite..tanpa mereka siapalah kite.."
Dahh..jom solat dhuha dulu :-)

Wednesday, February 1, 2012

Overdraft (OD)

Baru pas baca 1 artikel berkenaan OD/Overdraft..Apa OD ni..??

OD @ Overdraft ialah satu kemudahan pinjaman yg disediakan oleh pihak bank & tidak semestinya digunakan oleh pelanggan serta merta.

Ciri2 ringkas OD :
  • Boleh dipohon oleh pelanggan samada individu atau syarikat
  • Mesti ada akaun semasa/current account ( guna cheque la nihh )
  • Biasanya memerlukan cagaran samada dlm bentuk hartanah/simpanan tetap/sijil ASB
OD ni nak kena apply dr bank..tak semestinya kalau kite ade current account kite akan dpt OD automatik..da approve bank akan bg kite had OD..
  • contohnya klu had OD kite RM25k.,walaupun dlm akaun semasa kita tk cukup, tapi kite masih bole lakukan transaksi sehingga RM25k..
tapi kena ingat..OD pun ada caj2 tertentu berserta kadar faedah(interest)/kadar keuntungannya sekali..

Kelebihan OD dari segi keanjalannya..walaupun had OD Rm25k.,tapi kalau kite tak guna so tak de caj la..klu kite guna 5k.,so hutang nye 5k + faedah/untung bank shj..,kite jgk bole bayar faedah/untung bank shj..tapi baki OD kite tinggal RM20k je la..hahhh..klu kite banding kan dgn "term loan" kite kena bayar jumlah yg fixed.,OD tak de jumlah bayaran tetap..

Muslihatnya adalah interest /kadar keuntungan dikira mengikut hari..biasanya kadar faedah lbh rendah dr kadar faedah kemudahan "cash advance" kad kredit..

Tapi sekarang ni individu still bole apply OD lagi ke..???konpius plak..

Thursday, January 12, 2012

samb...TIP PEMASARAN

Cara2 Nak Mulakan PEMASARAN

1. Buat Senarai Contact
2. Buat Appointment
3. Presentation yg SUPERB
4. Follow up
  • Buat Senarai Contact
Senaraikan sume nama & contact number kawan2..sedara mara..orang2 yg kite bole jadikan prospek..termasuklah mana2 company yg berpotensi utk melabur..cara2 nya adalah seperti..(aikk..ni pun nk kena bg tau ker..??) :-) :

1. Mencari data via Yellow Pages,Surat Khabar, Flyers yg org dok baling2 depan umah tu..dan yg paling mudah dihujung jari.. Google je laaa,.
2. Cari kawan2 @ kenalan baru setiap hari..kurang2 5 org sehari..tegur je la sape2 yg kite terjupe ke ternampak ke terserempak ke..??ape2 je laa..
3. Minta referral dr kawan2 or kenalan yg kite sedia ada..klu kite ade 100 kawan..sorang bg 5..hahhh..da 500 prospek..wowwww..
4. Bersikap baik & profesional lah kpd sume prospek yg kite jupe..walaupun diorg tk nk invest..

  • Buat Appointment
Biase klu nak wat appointment camner..??CALL la kan..??so mase call prospek tu..cube la cari mase & mood yg sgt2 baik..sebelum call sebut dulu nama prospek tu..hantar signal pada dia yg kite nk call dia kjp lg nihh..senyum seikhlas mungkin sbb secara tak langsung..nada suara kite yg diiringi senyuman yg plg manis itu akan smpi kpd prospek tersebut..TETAP kan bila & dimana kite nak jupe prospek tu..jgn biarkan dia tentukan masa & tempat tau..!!

  • Presentation mestilah SUPERB duperrr..!!
Herrmm..time wat presentation kite kena la confident..jawab semua soalan dgn penuh diplomasi..jgn timbulkan sebarang argument dgn prospek..kite haruslah cuba utk menyelesaikan segala permasaalahan yg dikemukakan oleh prospek sebaik mungkin..berusaha menjadi Financial Planner bkn setakat Penjual Unit Amanah..da settle presentation klu prospek minta masa utk berfikir..bg dia ruang tersebut & tinggalkan flyers/brochure atau apa sahaja bahan utk dijadikan rujukan & peluang utk kite follow up..

  • Follow Up
Follow Up ni sgt penting..dr sini lah kite bole menilai tahap kemampuan kite sebagai sale person., time ni kite harus ada sedikit tekanan kepada prospek dengan menggunakan gaya bahasa yang sgt profesional..kite harus dptkan jawapan YA @ TIDAK shj...kdg2 prospek bg berbagai alasan kan..??so selagi dia tk cakap "TIDAK"..tolong la jgn mengalah & give up ok..

Nati sy blk jln penyelesaian camner nk wat klu jawapan nye "TIDAK"..continue..

Thursday, January 5, 2012

Tip Pemasaran - Unit Amanah

Kerjaya sebagai seorang penjual adalah satu kerjaya yang sangat menjanjikan.,(menjanjikan ape..??kejayaan sebagai penjual berjaya la..)ini akan ter"realisasi" apabila kite sudah menguasai teknik2 yg harus dimiliki oleh seorang penjual.,maka produk apapun dengan mudah akan dijual.,ari ni kite share Tip bagaimana caranya menjadi seorang penjual yang handal..

Perkara yang WAJIB dimiliki oleh seorang penjual adalah :

1. Rangkaian @ networking yang luas dari berbagai golongan
2. Mempunyai kemampuan berkomunikasi dgn baik
3. Mempunyai rasa Percaya Diri (self confident) yang tinggi
4. Menguasai dan SUPERB dlm product knowledge @ tau sgt2 psl apa yg nak dijual tu laa..

  • Bagaimana Membina & Mengembangkan Rangkaian @ Networking

Pepatah Melayu "Masuk Kandang Kambing Mengembek..Masuk Kandang Harimau Mengaum" yg ni mmg nk kena pakai 100% utk membina rangkaian..cara2 nya seperti :

1. Jangan memilih teman bergaul, semua orang adalah asset dan mempunyai potensi.Jangan menilai orang dari keadaannya atau penampilannya siapa tahu dibalik penampilannya yang sederhana dan keadaannya biasa-biasa saja mereka akan membantu mengenalkan kita pada orang yang sedang kita cari untuk dijadikan prospek.

2. Memiliki peralatan yg mudah utk dihubungi..contohnya seperti business card., handphone, fesbuk., dll.

3. Friendly @ mudah menyapa orang lain terlebih dahulu / mengajak berkenalan.

4. Jadilah orang yang menyenangkan bagi orang lain.

  • Meningkatkan Kemampuan Berkomunikasi

Kemampuan berkomunikasi sangat penting bagi seorang penjual.,bagaimana kita akan dapat menjual kalau cara menyampaikan maklumat tidak bagus., orang lain pun tk faham apa yang kita cuba sampaikan..last2 bukan Closing yg dapat tetiba jek prospek jadi Pusing..hihi..bg mengelakkan hal itu terjadi., jom kite share Tipnya :

1. Practice la bercakap dgn teratur start dari intonasi yang rendah, sederhana & cepat.

2. Practice depan cermin tau., tengoklah macam mana mimik dan raut muka kita waktu kite sedang berckp., kalau kurang manis., tambahlah gula..:-)

3. Waktu bercakap klu bole gunakan sedikit gerakan tangan, ingat… Jangan berlebihan !!!.

  • Meningkatkan Rasa Percaya Diri @ Self Confident
Percaya Diri tak akan datang dan terjadi dgn sendirinya..sume tu perlukan latihan dan latihan.,(practice makes perfect)..antara cara2 meningkatkan rasa Percaya Diri/Self Confident :

1. Banyakkan membaca, melihat dan mendengar..(menambah ilmu la nihh)

2. Tulis/ingat dalam memori/catatan peribadi/agenda semua hal-hal / kejadian penting

3. Yakinlah sesungguhnya orang lain pun pernah mengalami rasa takut dalam menghadapi masalah baru

4. Tanamkan dalam diri kita bahawa kita mampu menghadapi setiap rintangan & halangan

5. I'm the best among the best..!!

  • Meningkatkan pengetahuan berkenaan produk yang kita jual/product knowledge.

Jangan harap akan jd penjual handal kalau produk yg kite jual pun kite sendiri tak faham., oleh itu JIWAILAH……!!

Banyak lg nak tulis nihh..tp penat la plak..nati sambung ar...

Saturday, December 17, 2011

Lesson Learned

Bismillah..

Mr Client : woww..da 100k++ la i invest dgn u kan..??
UTC : ha'ahh la encik..bagus la mcm tu..dpt MG kan..kite bg mcm2 free..antara nya wasiat writing..Takaful PA insurance..magazine..trust nomination..sw free 12x setahun..& mcm2 AZNIL..opsss..mcm2 lagi..hehe..

Mr Client :
klu mcm tu i nak wat wasiat la..
UTC : hahh..sy dtg ni nk bg encik wasiat form la..sambil tu sy nk update statement..& bg souvenir tahun baru..

Mr Client :
ooo..bagus2..jarang UTC mcm awak..UTC lama saya da hilang kena telan paus agak nye..
UTC : jgn ckp camtu encik..tk baik..mungkin ade aral melintang tu..ok..investment encik skrg..potpetpotpet..(sampai sejam)..

Mr Client : ooo..(sambil terlopong)..bagus2..
UTC : so encik..next year nih kite da tukar form baru utk invest EPF..(sambil kuar kan form2 & thumbprint pad)..jadi sy nak amik skali la encik pyr sign & thumbprint..

Mr Client : hahhh..nak wat apa lg..??
UTC : utk tambah pelaburan encik la..lg pun kite nk wat RCA..dan..potpetpotpet lagi..

Mr Cient : Ehh..tk pe la..dulu mula2 awak jupe saya awak ckp target utk dptkan MG jek..skrg sy da dpt MG..so sy da tk nk tmbh lg..biar je la yg lain2 tu dlm EPF..secured skit...
UTC : huhhh..(senyum..sambil otak ligat berfikir..ade ke aku ckp invest smpi 100k jek..??)

Apa yg aku share ni adalah kisah benar client aku sndri..huhu..hiba hati ku..baru la aku teringat..pak cik ni mase aku mule2 jupe dulu mmg aku ade ckp mcm tu..KENAPA..??

1) setahun 1/2 yg lalu..aku masih baru dlm industri ni..dia plak Mill Manager..wat cold calling jek..tetiba dia suh dtg..mcm2 dia tnye & argue..sejuk lutut oiii...

2) oleh kerana kurang nye self confident mase tu..aku pun berjanji suh dia try dulu invest then tgk performance macam mana..

3) gula2 kan dia dgn free wasiat klu invest 100k above..

Last2..inilah akibat nye..nasib ko la labu..salah pendekatan mase 1st appointment dulu..

Next entry kite share pendekatan yg 80% selamat ye..!!

Tuesday, December 13, 2011

Wasiat Oh Wasiat..!!

Hermmmm...aku suke buat wasiat utk client2 aku especially yg da dapat FREE WASIAT WRITING..tapiii..antara mslh2 yg bakal melanda & melambat kan proses penyiapan wasiat ni adalah ;

1) dulu wasiat form kena scan..so aku ni bercinta utk mengambil mase menye"ken" wasiat form yg berlambak tuhh..huhu

2) bile time aku rajin,aku da scan & emel kt Trustee..diorg plak akan amik mase lbh kurang 2 wks utk siap kan 1st draft..

3) da dpt 1st draft..kena bagi blk kat client suh diorg check & edit klu ade mana2 nk tambah & buang blk..(hahhhh...yg ni biase nye client amik mase berbulan2)..then da settle & sign berserta witnesses..aku pun emel la blk kepada Trustee..

4) menunggu utk 2nd draft..plus minus 2 wks lg..da dpt 2nd draft ni..pas blk to Mr Client utk diorg check blk & sah kan berserta inventory book..(sume copy2 asset & rete benda yg diorg ada la..example : Grant tanah..umah..keta..etc..klu tk abis bayo lg..kena la copy S&P..H&P..account bank..sijil2 simpanan ect..sume yg bergelar HARTA & BOLE DIWASIATKAN..)

5) menunggu hampir berbulan2 jgk nihh..maklum laa..Mr Client sgt2 sibuk..then da dpt & submit (by post tau..) to Trustee..

6) last skali..da complete sume..Trustee akan courier by post DUPLICATE of Wasiat..so..Mr Client simpan Duplicate je tau..yg ori Trustee akan simpan kan FOC seumur hidup..TAPI..!! ini klu kite pilih Trustee as Main Executor..

so..siap la wasiat client2 aku tadi..seorang client mengambil mase 3-6 bln baru siap..ade jgk da setahun aku tunggu inventory book tk siap2..huhu..

Nasib la..wasiat ooo wasiat..