Tuesday, December 20, 2011
Menghitung Hari
menghitung hari detik demi detik
masa kunanti apa kan ada
jalan cerita kisah yang panjang
menghitung hari
Salam tahun baru..!!
Sebenar nye da tk lama nk tahun baru..2011 akan melabuhkan tirai nye dgn berbagai kenangan suke duke..semoga 2012 yg menjelma akan memberi lebih ketenangan..
Harapan 2012..semoga diberikan kekuatan utk menjadi diri sendiri..tak perlukan HIPOKRIT utk berjaya..
Salam 2012..
Saturday, December 17, 2011
Lesson Learned
Mr Client : woww..da 100k++ la i invest dgn u kan..??
UTC : ha'ahh la encik..bagus la mcm tu..dpt MG kan..kite bg mcm2 free..antara nya wasiat writing..Takaful PA insurance..magazine..trust nomination..sw free 12x setahun..& mcm2 AZNIL..opsss..mcm2 lagi..hehe..
Mr Client : klu mcm tu i nak wat wasiat la..
UTC : hahh..sy dtg ni nk bg encik wasiat form la..sambil tu sy nk update statement..& bg souvenir tahun baru..
Mr Client : ooo..bagus2..jarang UTC mcm awak..UTC lama saya da hilang kena telan paus agak nye..
UTC : jgn ckp camtu encik..tk baik..mungkin ade aral melintang tu..ok..investment encik skrg..potpetpotpet..(sampai sejam)..
Mr Client : ooo..(sambil terlopong)..bagus2..
UTC : so encik..next year nih kite da tukar form baru utk invest EPF..(sambil kuar kan form2 & thumbprint pad)..jadi sy nak amik skali la encik pyr sign & thumbprint..
Mr Client : hahhh..nak wat apa lg..??
UTC : utk tambah pelaburan encik la..lg pun kite nk wat RCA..dan..potpetpotpet lagi..
Mr Cient : Ehh..tk pe la..dulu mula2 awak jupe saya awak ckp target utk dptkan MG jek..skrg sy da dpt MG..so sy da tk nk tmbh lg..biar je la yg lain2 tu dlm EPF..secured skit...
UTC : huhhh..(senyum..sambil otak ligat berfikir..ade ke aku ckp invest smpi 100k jek..??)
Apa yg aku share ni adalah kisah benar client aku sndri..huhu..hiba hati ku..baru la aku teringat..pak cik ni mase aku mule2 jupe dulu mmg aku ade ckp mcm tu..KENAPA..??
1) setahun 1/2 yg lalu..aku masih baru dlm industri ni..dia plak Mill Manager..wat cold calling jek..tetiba dia suh dtg..mcm2 dia tnye & argue..sejuk lutut oiii...
2) oleh kerana kurang nye self confident mase tu..aku pun berjanji suh dia try dulu invest then tgk performance macam mana..
3) gula2 kan dia dgn free wasiat klu invest 100k above..
Last2..inilah akibat nye..nasib ko la labu..salah pendekatan mase 1st appointment dulu..
Next entry kite share pendekatan yg 80% selamat ye..!!
Thursday, December 15, 2011
Room or kindergarten..
"Haiyaaa..ini titun punya bilik ka kindergarten..??"kihkih..sian apek yg antar brg tu terkezutt batman tgk bilik my son tuhh..
Anyway..tqvm to my beloved hubby coz buat anak2 hepi..
Wednesday, December 14, 2011
Kecewa VS Berlapang Dada..
Kecewa..??ya..byk perkara dunia akan mengecewakan kita..nape eh kite perlu kecewa..??bukankah lebih baik kite berlapang dada..
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan sememangnya manusia adalah sejenis makhluk yang banyak protes dan bantahan mereka.” (Surah Al-Kahfi, ayat 54)
Sebagai mukmin sebenar..kite mestilah yakin setiap kurniaan Allah SWT sama ada nikmat atau ujian adalah satu kebaikan buat kite..setiap insan mempunyai keperluan tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah SWT demi kebaikan mereka.
Hadis dari Jabir Bin Abdillah menyebut: “Tidak wajar bagi seseorang itu meninggal melainkan dia sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT.” (Hadis riwayat Muslim). Baginda juga menyebut yang bermaksud: “Allah SWT sentiasa memerhatikan prasangka seorang hamba terhadap segala kurniaan-Nya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)..
Penjelasan daripada Allah SWT sudah cukup untuk kita fahami segala ketentuan Allah SWT dan betapa bahaya mereka yang bersangka buruk terhadap-Nya..
Pernah tak anda terfikir.."Allah tidak adil..Allah tak bg apa yg kite nak..asik org lain je yg dpt..??"huhhh..
Ya Allah ampunkan aku..
Allah berfirman “ Aku bergantung prasangka hamba-Ku kepadaKU,apabila ia berprasangka baik kepadaku maka kebaikan baginya, dan bila berprasangka buruk maka keburukan baginya” (HR Ahmad)
Wallahualam..
Tuesday, December 13, 2011
Wasiat Oh Wasiat..!!
1) dulu wasiat form kena scan..so aku ni bercinta utk mengambil mase menye"ken" wasiat form yg berlambak tuhh..huhu
2) bile time aku rajin,aku da scan & emel kt Trustee..diorg plak akan amik mase lbh kurang 2 wks utk siap kan 1st draft..
3) da dpt 1st draft..kena bagi blk kat client suh diorg check & edit klu ade mana2 nk tambah & buang blk..(hahhhh...yg ni biase nye client amik mase berbulan2)..then da settle & sign berserta witnesses..aku pun emel la blk kepada Trustee..
4) menunggu utk 2nd draft..plus minus 2 wks lg..da dpt 2nd draft ni..pas blk to Mr Client utk diorg check blk & sah kan berserta inventory book..(sume copy2 asset & rete benda yg diorg ada la..example : Grant tanah..umah..keta..etc..klu tk abis bayo lg..kena la copy S&P..H&P..account bank..sijil2 simpanan ect..sume yg bergelar HARTA & BOLE DIWASIATKAN..)
5) menunggu hampir berbulan2 jgk nihh..maklum laa..Mr Client sgt2 sibuk..then da dpt & submit (by post tau..) to Trustee..
6) last skali..da complete sume..Trustee akan courier by post DUPLICATE of Wasiat..so..Mr Client simpan Duplicate je tau..yg ori Trustee akan simpan kan FOC seumur hidup..TAPI..!! ini klu kite pilih Trustee as Main Executor..
so..siap la wasiat client2 aku tadi..seorang client mengambil mase 3-6 bln baru siap..ade jgk da setahun aku tunggu inventory book tk siap2..huhu..
Nasib la..wasiat ooo wasiat..
Monday, December 12, 2011
Blog Yang Sepi..
Hampir 2 tahun mengejar keinginan untuk berjaya.Alhamdulillah dgn rezeki yg Allah bg..namun blog yg aku ciptakan di awal pembabitan utk mengejar kejayaan ini.,ditinggal sepi tanpa tinta..hari ini aku kembali..tapiiii...fuhhhh..!!password da lupe..!!nasib baik tk byk guna password yg pelik2..Alhamdulillahh..akhir nye..pena jemari ini kembali beraksi..Insyaallah..usaha untuk kejayaan bersama akan dikongsi..
Saturday, January 3, 2009
Definisi Unit Amanah
Dari segi bahasa, dalam Bahasa Melayu disebut “Amanah Saham” ataupun sekarang disebut “Unit Amanah”. Dalam English disebut “Unit Trust”. Ada juga disesetengah negara, unit trust ni disebut “Mutual Fund” dan “Managed Fund”.
Dari segi definisi, menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia atau lebih dikenali FMUTM (Federation of Malaysian Unit Trust Managers) , Skim unit amanah atau “unit trust scheme - UTS” merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan.Sekiranya dana2 yang berlandaskan Syariah Isalam, maka dana2 ini akan dipantau oleh IBFIM mengikut landasan syariah.
Simple nye.., kita masukkan duit kita dalam satu dana yang akan diuruskan oleh satu syarikat pengurusan dana yang dipanggil “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company). UTMC ni pula, akan laburkan duit kita dalam pelbagai portfolio yang diluluskan seperti sekuriti, bond ataupun aset2 lain dalam syarikat2 yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. UTMC ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission - SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak2 lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan pelabur2, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FMUTM,IBFIM bagi dana2 syariah dan Kementerian Kewangan. Yang paling penting ialah, syarikat2 ni “diluluskan”. Kalau yang tak diluluskan tu… kita panggil skim cepat kaya, Pak Man Telo.. swiss cash.. dan mcm2 lagi.. jgn sampai tertipu da lerr…
Dalam skim unit trust, pelabur2 tidak membeli sekuriti/stocks secara direct dalam portfolio. Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan pelabur2 dikenali sebagai ‘pemegang unit’ (unit-holders).Pelabur2 bukannya pemegang saham dlm sesuatu syarikat yang dilaburkan, sebaliknya merupakan benefisiari di bawah amanah yang duwujudkan oleh UTMC. Mengikut perlembagaan atau ’surat ikatan’ (the deed) skim unit trust, mesti terdapat pemegang amanah (trustee) untuk menjaga kepentingan pelabur. Trustee adalah pemilik sah ke atas semua aset dalam skim unit trust bagi pihak pemegang unit.
Nilai atau harga satu unit dalam skim unit trust dikenali sebagai “Nilai Aset Bersih” atau “Net Asset Value - NAV” per share. Satu unit dalam skim unit trust merupakan ‘bahagian’ berkadar daripada jumlah perlaburan yang terkumpul. Jadi, apabila nilai pelaburan dalam portfolio skim unit trust meningkat atau menurun, maka NAV juga akan turut meningkat atau menurun. Dalam beberapa skim yang ditaja oleh kerajaan (contohnya ASB) dimana portfolio tak tertakluk kepada perubahan nilai, NAV ditetapkan pada RM1.00. Tak seperti dalam stocks, dimana harga boleh berubah-ubah pada setiap kali urus-niaga, NAV bagi sesuatu unit trust fund hanya dikira pada setiap penutup hari urus-niaga. Jadi NAV sesuatu fund akan disebut-harga/disiarkan di suratkhabar utama atau halaman web UTMC berkenaan pada keesokan hari urus-niaga.
Pulangan atau ‘returns’ pelaburan adalah gabungan pembayaran pendapatan tetap dipanggil ‘agihan’ (cash distribution) dan tambahan nilai modal (capital gains) melalui pecahan unit (unit split). "Agihan" atau dalam bahasa glemer nyer adalah "dividen"
Skim unit trust memberi peluang pelaburan untuk pelabur2 kecil mengakses dengan mudah pelbagai jenis pelaburan yang pada kebiasaannya sukar diakses. Bayangkan kalau kita nak invest atau nak membeli direct stock dalam sesuatu syarikat ‘blue-chip’ yang besar seperti TNB, Telekom, Maxis etc…berapa puluh ribu ringgit kita kena ada untuk membeli satu lot stock… itu belum kira kos broker saham dan lain2 lagi. Tapi dengan skim unit trust, kita berpeluang melabur dalam stock2 ni, bukan setakat satu syarikat malah dalam pelbagai syarikat. Inilah yg dipanggil kepelbagaian atau “diversification’ yang mana dapat mengurangkan risiko kalau melabur dalam satu portfolio sahaja.
Dengan risiko yang agak berpatutan, kebanyakkan pulangan pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang (lebih dari 5 tahun) dalam skim unit trust adalah lebih tinggi daripada pulangan daripada akaun biasa dan deposit tetap (fixed deposit - FD).
So..kesimpulannya, melaburlah dengan bijak.Diversify ( agihkan ) pelaburan ke beberapa tempat dan yang paling penting kita faham konsep perancangan kewangan yang sihat.
Hepi Investing...