Friday, March 16, 2012

Baju Renang Muslimah @ Renang


Antara aktiviti hujung minggu bersama keluarga yang menjadi minat & selalu saya lakukan adalah berenang..setiap kali saya ke swimming pool.,pasti ada yg bertanya "cantik lah swimming suit u.,beli kat ner..?"So.,entry kali ni kite share skit berkenaan dengan aktiviti renang & ini adalah blog yang menjual baju renang untuk muslimah..hehe..tak dapat royalti pun tau..

Rasulullah bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” (riwayat Sahih Bukhari/Muslim)

Sememangnya terdapat banyak kelebihan jika kita pandai berenang. Disini, disenaraikan beberapa kelebihan berenang yang perlu kita ketahui, antaranya:-
  • Berenang merupakan satu aktiviti senaman yang tidak menggunakan kekerasan. Tambahan pula, seluruh badan anda disokong oleh air semasa anda menjalankan aktiviti ini. Kebaikannya, tiada tekanan kuat yang menekan sendi-sendi tulang anda berbanding membuat senaman di atas darat.

  • Semasa anda menjalankan aktiviti renang, hampir keseluruhan otot utama, jantung dan paru-paru anda akan berkerja. Perkara ini boleh membuatkan tubuh badan anda akan merasa lebih segar, ringan dan berstamina setelah anda keluar daripada air.

  • Aktiviti renang dapat membakar kalori tubuh badan anda. Ini kerana, semasa berenang, tubuh badan anda akan merasa lebih berat untuk bergerak di dalam air. Apabila anda berusaha untuk bergerak, tenaga yang diperlukan oleh anda juga tinggi sehingga pergerakan anda itu dapat membakar 24% kalori yang wujud dalam tubuh anda. Disebabkan itulah, kebanyakan doktor di Malaysia menyarankan pesakit obesiti menjalankan aktiviti ini agar mereka dapat menurunkan berat badan yang dimiliki.

  • Aktiviti renang memerlukan anda mengamalkan bentuk postur badan yang betul. Apabila anda berdisplin dalam hal ini, aktiviti ini boleh membina kekuatan dan ketahanan otot-otot badan anda. Disamping itu juga, ia dapat melentur dan menghasilkan tubuh badan yang menarik buat anda.

  • Aktiviti renang mampu memberikan anda ketenangan dan mengurangkan keadaan stress yang wujud dalam diri anda. Apabila anda tenang dan tidak stress, keadaan jantung anda akan menjadi normal. Perkara ini mampu membantu anda dalam mengurangkan risiko daripada terkena pelbagai penyakit yang berprofail tinggi seperti sakit jantung.

  • Aktiviti renang adalah senaman dan sukan yang paling sihat dan selamat daripada risiko mendapat kecederaan. Ini kerana, aktiviti ini tidak melibatkan perbuatan yang aggresif seperti bermain permainan di darat. Contohnya: Futsal.

  • Aktiviti renang mampu melahirkan insan yang tenang, berani dan tidak panik semasa menghadapi saat kecemasan ketika berada dalam air. Ini kerana, apabila seseorang itu pandai berenang, sudah tentu insan yang berkenaan mampu berfikiran dengan lebih rasional dan tahu apakah tindakan yang perlu diambil bagi menyelesaikan situasi kecemasan yang dihadapi.

Ya..!! Itulah kelebihan-kelebihan aktiviti renang. Terdapat banyak lagi kelebihan aktiviti ini sebenarnya yang saya sendiri pun tak dapat bayangkan. Inilah aktiviti senaman yang seharusnya anda pilih supaya anda mendapat kelebihan-kelebihan yang telah saya nyatakan di atas..hehe..

Sape2 nak belajar berenang boleh la saya tulun2 ajar kan..basic je la..kalau expert kena caj tau..:-) atau pun rajin2 la jenguk youtube..cara2 berenang..




No comments:

Post a Comment